Gay & Penzina Di Larang Menderma Darah Tetapi Ada Di Antara Mereka Yang Degil, Bayangkan Bayi Menjadi Mangsa..
Oleh : Hana Hadzrami
Kebelakangan ini kami mendapati semakin ramai pesakit yang mempunyai latar belakang seks rambang, homoseksual termasuk yang positif HIV merahsiakan maklumat mereka apabila mendapatkan rawatan di hospital.
Pesakit ini datang untuk pembedahan elektif dan kecemasan. Staf hospital yang mengendalikan urusan rawatan dan pembedahan mereka berpotensi terdedah kepada jangkitan virus mereka.
Kami bukan nak menghakimi kehidupan seks anda; apa yang anda buat disebalik pintu adalah urusan peribadi anda. Namun apabila kami menguruskan cecair tubuh anda seperti darah dan sebagainya, adalah tak patut bila anda sengaja menyorokkan maklumat dan membiarkan kami terdedah dengan jangkitan virus.
Ada seorang pesakit menjalani suatu pembedahan kepala; namun setelah lukanya lambat pulih, doktor telah menyiasat dan mendapati dia sebagai pesakit HIV dengan beban virus yang tinggi. Bila ditanya, barulah mengaku dia melakukan hubungan seks rambang.
Ada seorang lagi pesakit, datang dengan masalah bengkak di kemaluan. Sangka kami masalah angin pasang. Apabila dibedah rupanya ada nanah di dalamnya. Bila ditanya barulah mengaku dia pesakit HIV yang menjalani rawatan. Sengaja tak mahu mengaku sebab takut tak dapat buat tuntutan insurans (pun tipu syarikat insurans).
Bayangkan betapa ramai staf dan pekerja hospital yang dah terdedah dengan virusnya akibat perbuatannya yang mementingkan diri sendiri?
Pesakit yang mempunyai virus berbahaya yang berpotensi berjangkit seperti hepatitis dan HIV perlulah memberitahu staf perubatan, jika mereka mendapatkan rawatan. Ini kerana pekerja hospital perlu menggunakan peralatan dan perlindungan khas sewaktu mengendalikan rawatan pesakit. Malah, sisa cecair tubuh pesakit perlu dilupuskan secara khas, bukan seperti pesakit biasa.
Terbaru, bagaikan ada trend pula; pengamal homoseksual sengaja menderma darah sebagai cara mendapatkan khidmat saringan kesihatan percuma. Mereka sengaja menyorokkan maklumat kehidupan seks lalu selamba menderma darah. Mereka hanya tertangkap apabila darah yang di derma sekian lama akhirnya menunjukkan kehadiran virus HIV dan hepatitis.
Virus HIV boleh berada lama dalam darah secara senyap (dormant) selama beberapa bulan sebelum ia dapat dikesan. Jadi pemeriksaan saringan darah HIV boleh menjadi negatif selama beberapa bulan sebelum bertukar positif apabila virus berjaya dikesan.
Mereka yang homoseksual dan yang melakukan seks rambang adalah dilarang menderma darah. Namun ada sebilangan yang tak peduli dan sengaja menyembunyikan maklumat ini supaya mereka dapat membuat pemeriksaan darah percuma.
Walaupun kebarangkalian kes ini berlaku adalah sangat rendah, namun bayangkan impaknya kepada bayi dan orang tak bersalah yang menerima transfusi darah tersebut. Tak pasal-pasal dapat HIV!
Pada saya, kehidupan peribadi anda hak anda, suka hati anda. Namun jika anda sengaja mencelakakan orang lain akibat nafsu dan pilihan peribadi anda ini; anda memang tak guna!

Sumber : Friscomedia
from I Am Kiram http://ift.tt/2oMfGe1
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment