Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Penunggang motosikal maut dirempuh polis ketika aksi kejar mengejar


SELATAN CAROLINA, AMERIKA SYARIKAT - Seorang Timbalan Sheriff, James Vansant, digantung tugas selepas menyebabkan kematian seorang penunggang motosikalnya semasa menjalankan tugas, lapor Daily Mail.

Rakaman video 'dashcam' menunjukkan kereta pegawai berkenaan melanggar motosikal yang ditunggang Robert Lee Clark Jr, 30, menyebabkan mangsa terbabas lalu melanggar bahagian belakang sebuah kereta sebelum badannya terhentak pada tiang lampu jalan. 

Mangsa yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar itu dilaporkan maut serta merta di tempat kejadian. 

Pejabat Sheriff mengeluarkan kenyataan bahawa mangsa maut kerana tersilap menukar gear dan bagi mengukuhkan dakwaan itu, video aksi kejar mengejar itu dimuat naik ke laman YouTube. 

Menurut Pejabat Sheriff lagi, pelanggaran itu tidak disengajakan dan penunggang motosikal itu boleh dilihat menekan brek sebelum kemalangan itu berlaku. 

Pihak berkuasa juga turut menemui ganja pada mangsa selepas kejadian yang berlaku pada malam Rabu lalu, 19 April 2017. 

Vansant kini diarahkan bercuti sementara pihak berkuasa menyiasat kejadian itu. 

Robert Lee Clark Jr. maut di tempat kejadian | Foto - Daily Mail
Difahamkan, Vansant sebelum itu sedang mengawasi pengguna jalan raya yang memandu melebihi had laju dan ternampak motosikal mangsa yang ditunggang pada kelajuan 66 mph di zon 45 mph. 

Aksi kejar mengejar sejauh 8 kilometer itu menunjukkan mangsa menunggang dengan kelajuan maksimum 111mph. - The Reporter


Sumber : Gengviral

from I Am Kiram http://ift.tt/2q9udij
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.