Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Ini Sebab Kenapa Tiada Orang Bantu Mangsa Kemalangan Di China.



Oleh : Hana Hadzrami


Punca Tiada Orang Bantu Mangsa Kemalangan Di China

Gambar Hiasan - Google

Di Republik China, jika sesiapa mengalami kemalangan jalan raya atau mengalami kecederaan ditempat awam, orang ramai rata-rata akan buat tak peduli.

Bukan apa, jika ada sesiapa cuba membantu, kemungkinan besar beliau pula akan dituduh bersalah dan terpaksa membayar gantirugi terhadap kecederaan orang yang ditolongnya itu.

Lebih teruk lagi jika terlanggar seseorang (kemalangan) hingga menyebabkan kecederaan, pemilik kenderaan itu akan cuba melanggar orang tadi berulang-kali sehingga mati.

Bukan apa. Jika orang yang dilanggar itu tak mati, si pemandu bukan saja perlu membayar denda, malah menanggung kos hospital, kos pemulihan dan kos kehilangan mata pencarian bagi orang yang tak sengaja dilanggar tadi. Jadi lebih baik langgar hingga mati, supaya si pemandu tadi perlu bayar denda hanya sekali saja.

Itulah yang terjadi pada masyarakat yang gemar saman-menyaman. Terlalu suka mencari kesalahan dan mengintai peluang mencari kekayaan melalui jalan singkat.

Maka orang takkan suka bantu-membantu kearah kebaikan lagi. Malah lebih baiklah biarkan orang lain dalam kesusahan daripada memberi pertolongan yang akhirnya memakan diri sendiri. Bertambah pula spesis yang bantu-membantu kearah kefasadan; menghasut untuk saman.

Berapa kerap terjadi hospital kerajaan menerima kes yang ditolak oleh seluruh hospital lain; akhirnya hospital kerajaan tersebut disaman semula oleh pesakit yang tak mengenang budi apabila penyembuhan tak seperti yang diharapkan.

Ada sebab kukuh kenapa kebanyakan hospital di luar menolak kes anda. Kerana anda atau penyakit anda sukar dirawat dan outcome yang diramalkan kurang memuaskan. Siapa pun tak mahu menanggung jika timbul komplikasi atau bakal disaman kemudian hari.

Sebuah hospital kerajaan pernah diancam saman kerana pembedahan membaiki kemaluan yang cacat akibat khatan kurang berjaya. Itulah balasan akibat cuba membuat kebaikan. Tatkala semua hospital lain menolak untuk merawat kes itu. Pastilah hospital-hospital tersebut berasa lega tak terseret nama terpalit najis di dada akhbar.

Sama juga IJN yang menolak untuk menguruskan seorang pesakit jantung yang kemudiannya menyaman sebuah hospital kerajaan yang sudi merawatnya baru-baru ini. Pasti ia bersyukur kerana terselamat dari kemelut potensi saman pesakit tadi.

Ada caranya untuk menjadi doktor yang takkan disaman:Jangan terima apa-apa kes yang sukar atau yang tiada harapan sembuh.

Saring pesakit anda. Tolak mereka jika mempunyai banyak masalah perubatan. Tolak juga jika mereka terlalu cerewet.

Jika ada doktor lain meminta bantuan menguruskan kes kecemasan melibatkan hidup mati; lari jauh-jauh. Usah jenguk pun. Tak pasal-pasal jika disaman, anda akan terseret sama.

Tak susah sebenarnya nak jadi doktor yang tak berhati perut. Dan undang-undang membenarkannya.
Namun benarkah masyarakat mahukan doktor seperti ini?

Doktor yang mementingkan reputasi dan keselamatan sendiri lebih dari nyawa manusia?



Sumber : Friscomedia

from I Am Kiram http://ift.tt/2oq32mf
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.