Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Wanita hamil 5 bulan maut terjatuh dari tingkat 3

Foto - Harian Metro
KOTA KINABALU, SABAH - Seorang wanita hamil lima bulan maut selepas terjatuh dari tingkat tiga apartment Taman Sri Kepayan, dipercayai ketika sedang menjemur tilam, lapor Harian Metro

Jeaquiline Ribot, 25, ditemui dalam keadaan tertiarap oleh jirannya pada jam 4.30 petang semalam sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan dan pihak polis. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George berkata, siasatan awal mendapati mangsa disyaki terjatuh ketika menjempur tilam di ruang kaki lima di tingkat tiga apartmen berkenaan. 

"Kemungkinan ketika mangsa menjemur tilam, dia berdiri di atas sebuah kerusi plastik berwarna hitam lalu menekan tilam itu menyebabkan batang paip berkenaan tercabut daripada kimpalan besi pagar, lalu mangsa terjatuh pada ketinggian 12 meter. 

"Siasatan juga mendapati kimpalan di antara batang paip dengan batang besi pagar tidak kukuh menyebabkan batang paip itu tercabut," katanya. 

Sementara itu, salah seorang ahli keluarga mangsa, Norazaliah Jumat, meminta orang ramai tidak menyebarkan gambar mangsa bagi menghormati keluarganya yang sedang bersedih dengan kejadian tersebut. 


Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat. 

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun siasatan masih diteruskan. 


Sumber : Gengviral

from I Am Kiram http://ift.tt/2p2oZGC
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.