SEJAK kebelakangan ini isu penderaan di pusat penjagaan kanak-kanak sering kali dilaporkan dan menimbulkan kebimbangan masyarakat terutamanya ibu bapa.
Terbaru, tersebarnya sebuah video pengasuh yang bertindak kejam dan ‘ganas’ terhadap kanak-kanak yang berada di sebuah taska dipercayai di Sepang, Selangor.
Menerusi video yang dimuat naik Ziera Shammudiin di Facebook, jelas memaparkan dua situasi membabitkan dua pengasuh berbeza melayan kanak-kanak yang berada di bawah jagaan mereka.
Dalam video berdurasi 1 minit 49 saat itu, kelihatan seorang pengasuh mendukung seorang kanak-kanak yang dipercayai berusia lingkungan dua tahun dan menghempasnya ke tilam hingga kanak-kanak itu menangis.
Pengasuh itu kemudian menolak kepalanya dan mengangkat kedua-dua tangannya dengan cara yang tidak sepatutnya dan meletak mangsa di luar bersama rakan-rakannya yang lain.
Dalam kejadian kedua, seorang kanak-kanak lelaki secara tidak sengaja terbaling mainan sehingga terkena kaki pengasuh menyebabkan wanita itu berang lalu baling mainan itu sebelum angkat dan campaknya ke dalam bilik sehingga terkena mainan di lantai.
Jelas kelihatan, beberapa individu yang berada dalam video berkenaan hanya melihat ‘gelagat’ kedua-dua pengasuh itu tanpa menghalang mereka daripada terus bertindak kejam.
Difahamkan, susulan kejadian yang berlaku pada 31 Mac lalu, pengasuh dan pemilik taska berkenaan bagaimanapun telah ditahan bagi membantu siasatan.
Perkongsian video itu mendapat perhatian netizen yang mahukan semua pengusaha taska memasang kamera litar tertutup bagi memantau keadaan dalam taska berikutan sudah banyak kes seumpama ini berlaku.
Sumber : Friscomedia
from I Am Kiram http://ift.tt/2p1UKQy
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment