KARNATAKA, SELATAN INDIA - Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun ditemui dalam sebuah kotak yang disembunyikan di bawah katil jirannya, selepas lelaki itu membantu keluarga mangsa mencari anak merek, lapor Mirror.
Selepas mangsa, Harshitha, dilaporkan hilang pada Khamis lalu di Bengaluru, ibu bapanya terus melakukan gerakan mencari mangsa.
Jiran mereka, Anil, 30, turut menawarkan bantuan untuk mencari mangsa tetapi empat hari kemudian mayat mangsa yang mereput ditemui dalam kotak yang disembunyikan di bawah katil di rumahnya.
Polis mengesyaki mangsa telah dirogol sebelum dibunuh.
Harshitha adalah satu-satunya anak Shiv Kumar, 32, dan isterinya, Saraswathi Kumar, 25.
Shiv Kumar yang bekerja sebagai buruh berkata, "Harshitha bermain di luar rumah sekitar jam 6 petang sebelum hilang. Ketika itu saya dan isteri berada dalam rumah.
"Kemudian hujan mula turun dan tiba-tiba bekalan elektrik terputus lalu kami keluar mencarinya tetapi tidak menemui kelibat Harshitha," katanya.
Anil, yang tinggal bersama dua anaknya berusia enam dan tiga tahun, menetap di kejiranan itu sejak 8 tahun lalu, menawarkan diri untuk membantu mencari mangsa.
"Ketika itu, isteri dan anak-anak Anil tiada dirumah dan pergi melawat keluarga mereka di kampung. Anil berpura-pura terkejut dan bimbang dengan keselamatan Harshitha sebelum menawarkan diri untuk membantu.
"Dia berpura-pura tidak tahu langsung mengenai anak saya," katanya.
Selepas 24 jam mencari, Shiv membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya itu di Balai Polis Giri Nagar.
Pada Isnin, beberapa penduduk tempatan menyedari bau busuk yang datang dari rumah Anil dan melaporkan kepada pihak polis. Polis kemudian memecah masuk rumah Anil dan menemui mayat mangsa yang sudah mula mereput di bawah katil.
Menurut pegawai penyiasat, Raghavendra Swamy, "Anil memaklumkan kepada jirannya bahawa dia mahu pulang ke kampung di Kalaburagi untuk menyertai isteri dan anak-anaknya.
"Semasa dia berada di kampung, Anil telah menghubungi salah seorang jirannya dan meminta dia memadamkan suis utama.
"Dua jam kemudian, jiran Anil terhidu bau busuk yang datang dari rumah Anil sebelum melaporkan penemuan bau yang mencurigakan itu kepada kami.
"Apabila kami memecah masuk ke rumah itu, kami mendapati banyak kesan darah di dalamnya. Mayat mangsa kemudian ditemui di dalam kotak di bawah katil Anil yang dipercayai telah dirogol sebelum dibunuh.
"Anil telah memadamkan telefon bimbitnya sejak kami menemui bukti berkenaan, tetapi pasukan kami masih giat mengesan suspek," katanya.
Shiv Kumar dan isterinya kini berada di hospital, masih terkejut menerima berita itu dan menunggu hasil laporan bedah siasat. - The Reporter
Sumber : Gengviral
from I Am Kiram http://ift.tt/2q7z6eV
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment