PUTRAJAYA - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman Twitternya memaklumkan kes bekas murid Madrasah Tahfiz Al Jauhar, Kota Tinggi, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau juga turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
"PDRMsia mengucapkan takziah kepada keluarga anak ini dan mengklasifikasikan semula siasatan di bawah Seksyen 302 bunuh.
"Polis akan mendapatkan laporan penuh perubatan untuk siasatan segera," tweetnya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Mohamed Sazif Mohamed Subri, meminta orang ramai menghentikan sebarang spekulasi berkaitan kes tersebut bagi menjaga dan tidak menganiayai mana-mana pihak.
"Spekulasi yang tersebar akan memberikan impak negatif dalam penyiasatan. Kita minta semua pihak termasuklah media di luar menghentikan spekulasi kerana ia akan memberi tekanan kepada kes ini dan orang lain lebih-lebih lagi jika spekulasi itu tidak benar," katanya.
Dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi itu juga, Mohamed Sazif berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan sudah merakam percakapan sembilan pelajar madrasah berhubung kes itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, jenazah Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, baru saja melalui prosedur bedah siasat. - The Reporter
Sumber : Gengviral
from I Am Kiram http://ift.tt/2picPYM
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment