Oleh : Public Health Malaysia
Minuman ice blended merupakan antara trend terkini minuman di kalangan rakyat Malaysia.
Jika di perhatikan,populariti "minuman potong kaki" tersebut semakin mendapat perhatian pengusaha "food truck" dan pengusaha kafe hispter masa kini berikutan permintaan tinggi di kalangan pelanggan.
Kebiasaanya, harga bagi minuman ice blended tidak kurang RM3.50 (bagi gelas kecil- sederhana) dan boleh mencecah lebih darim RM12 untuk jenama popular.
Saiz minuman yang bertambah 2x ganda berbanding gelas minuman biasa, kandungan susu pekat manis yang tinggi, warna dan persembahan yang cukup menggoda, perisa terikini dengan tambahan aksesori seperti taburan coklat, krim dan buah buahan membuat sesiapa sahaja terliur.
Setiap hidangan minuman ice blended mengandungi lebih dari 10 sudu teh gula! 3.6 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit kencing manis dan angka tersebut di jangka akan terus meningkat jika tiada aktiviti pencegahan segera.
Kurangkan pengambilan minuman manis seperti ice blended, Jangan nanti sudah dapat kencing manis, baru hendak tergadah.
Tamatkan konspirasi gula.
Read more: http://ift.tt/2pKCvjA
Sumber : Friscomedia
from I Am Kiram http://ift.tt/2plaDCH
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment