Ini fakta zaman sekarang. Bila jadi pengantin, memang semua nak nampak cantik dan pakaian pun mengerlip. Tapi sayang, kecantikan itu takut dicemari lalu mereka sanggup meninggalkan solat yang wajib buat diri.
Akibat nak bermekap, mak andam sampai ke rumah pengantin seawal jam 11 pagi. Si pengantin pun menadah mukanya selama sejam dua lamanya, akhirnya siap bermekap setelah hampir jam 1 tengah hari.
Dah tahu waktu Zohor akan masuk setengah jam lagi, terus disarungkan busan perkahwinan yang ketat membaluti seluruh tubuh wanita. Tiada seinci pun kelonggaran, malah lebih ketat lebih mengujakan.
Itu belum lagi menyentuh hal mak andam separa alam yang tidak dapat dipastikan jantinanya sama ada lelaki ataupun perempun. Maka bersentuhanlah kulit sang ajnabi bertopengkan wajah si pari-pari untuk menatariaskan pengantin akhir zaman yang telah hanyut dengan kejahilan dirinya.
Apatah lagi jika mak andamnya lelaki, walau bersarung tangan tetap dia ajnabi dan si bakal suami pula jenis berpenyakit bisu bila isteri disentuh lelaki yang juga halal untuk dinikahi si bakal isteri.
Akhir zaman, majlis pernikahan yang sepatutnya mengundang seribu keberkatan dan malaikat rahmat turut sama mendoakan, telah dicemari dengan kemaksiatan yang tidak berkesudahan.
Busana yang anggun disarung tadi, dibawa pula ke majlis pernikahan untuk menjadi saksi penyatuan dua hati. Saat sah menjadi isteri, maka tertanggunglah segala dosa di atas bahu suami yang dayus membiarkan sang bidadari menjadi tatapan nafsu ajnabi.
Hilanglah kesucian dan jatuhlah maruah seorang isteri sebelum malam pertamanya lagi. Manakan tidak, beratus pasang mata melirik dan menjamu kecantikan si pengantin rupawan yang tidak menitikberatkan hukum menutup aurat buat dirinya.
Belum lagi disebut tentang perihal solat yang dianggap remeh di hari persandingan kedua mempelai. Sibuk menjamu telinga dengan bunyi karaoke sampaikan azan pun diperlekehkan dan solat juga tercicir.
Pengantin takut merosakkan kecantikan majlis dan wajah hanya kerana sudah lengkap berbusana, lalu solat yang fardhu ditinggalkan tanpa sebarang rasa malu melayan para tetamu.
Maka bermulalah episod cinta yang disaksikan kemurkaan Allah SWT buat kedua mereka. Namun masih beria berkata "Love till jannah,". - Pelajar Pondok
Sumber : Friscomedia
from I Am Kiram http://ift.tt/2pYo633
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment