Joe DeMarini mendakwa dia telah ditampar lelaki tua itu kerana enggan menuruti kehendaknya untuk melakukan hubungan sejenis.
Lelaki tua itu yang dipercayai mabuk sebelum itu mengakui dirinya adalah gay dan mendakwa Joe juga adalah gay dan mahu Joe mengadakan hubungan seks dengannya. Bagaimanapun Joe menolak dan meminta lelaki itu tidak mendekati dia dan rakannya.
Apabila rakan wanita Joe cuba merakam dan menghalang lelaki itu dari mendekati Joe, tiba-tiba dia menyerang rakan Joe sebelum dihampiri dua orang awam yang cuba menenangkan lelaki tua itu.
Selepas kejadian itu, Joe menjelaskan mengapa dia tidak menghubungi atau membuat laporan polis kerana dia sedar dia cuma pendatang yang tidak mempunyai kerakyatan dan golongan minoriti sahaja.
"Saya bukan gay seperti yang dituduh lelaki itu. Undang-undang tidak akan berpihak kepada saya walaupun ada video atau gambar bukti kejadian," katanya berdasarkan pengalamannya di Korea Selatan sebelum ini.
"Dalam situasi ini saya boleh dituduh cuba menghasut dan boleh didakwa," tulisnya di Facebook. -The Reporter
Sumber : Gengviral
from I Am Kiram http://ift.tt/2pFCSsQ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment