Syukur Itu Letaknya Di Hati
Syukur itu letaknya di hati. Tidak boleh dipaksa melainkan mesti disedarkan dengan rela. Orang yang tidak bersyukur hakikatnya buta “mata hati”. Dia tidak dapat melihat nikmat yang melimpah di hadapan mata sendiri.
Umpama kelawar yang tidak dapat melihat pada siang hari bukan kerana siang itu gelap, tetapi kerana terlalu terang.
Begitulah orang yang tidak bersyukur, mereka tidak dapat melihat kelebihan kerana mereka sedang tenggelam oleh kelebihan itu.
Mulutnya hanya menuturkan, “Susah, sakit, malang...” tanpa menyedari bahawa mereka masih mempunyai lidah untuk mengeluarkan kata-kata itu!
Bersyukur kepada Pemberi Nikmat
Manusia akan bersyukur sekiranya dia “melihat” Pemberi nikmat bagi sesuatu, bukan nikmat-Nya.
Jika kita menyedari Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang itulah yang memberi nikmat, kita akan membesarkan pemberiannya walaupun kecil atau sedikit.
Ini kerana bukan nikmat itu yang menjadi ukuran, tetapi siapa yang memberi nikmat itulah yang lebih diutamakan.
Syukur Nabi Ayub
Jarang ada manusia yang mahu mengambil ‘ibrah daripada ujian yang menimpa Nabi Ayub a.s.
Apabila baginda diuji dengan kesakitan, baginda berasa malu untuk berdoa kepada Allah kerana tempoh sihatnya lebih lama berbanding tempoh baginda diuji dengan kesakitan.
Ramai manusia yang hanya menghitung kesukaran, bukan kesyukuran dan jika kita menghitung kesyukuran, nescaya kita akan dapati jumlahnya melebihi kesukaran!
Anehnya ada manusia yang apabila diberi tambahan nikmat, dia berasa ia kurang daripada sebelumnya. Ini berlaku kerana kehendaknya menjadi lebih besar berbanding sebelumnya. Mulalah dia mengenangkan sesuatu yang “tiada” bukannya sesuatu yang “ada”.
Tanpa syukur, hidup menjadi sukar. Hati semakin terhimpit dengan keresahan dan kesusahan yang tidak berkesudahan. Sukarnya untuk bersyukur hakikatnya jauh Iebih mudah daripada sukarnya akibat tidak bersyukur. -CP
Nikmat yang jarang disyukuri
Saat sakit, apa yang terlintas di fikiran? Hanya Allah yang pertama di hati. Saat itu kita tahu tiada yang mengerti derita kesakitan yang sedang ditanggung.
Meskipun pasangan kita, dia takkan mampu berkongsi rasa itu. Masa ini juga kita merasakan betapa besarnya nikmat 'kesihatan'.
Masa sihat selalu lupa nak bersyukur. Bila diuji sakit sedikit, baru nak berfikir dan merayu agar Allah kembalikan kesihatan.
Sesungguhnya sakit itu satu ujian, juga penghapus dosa. Saat sakit dan lemah itulah hati kita banyak berzikir mengingati Allah dan terkenangkan dosa dosa. Betulkan?
Saat ini juga hati terasa lebih dekat dengan-Nya lantaran Dia saja yang mengerti kesakitan yang ditanggung dan Dia saja tempat diri mengadu.
Ada insan yang diuji dengan penyakit yang sangat teruk, seperti penghidap kanser. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Semoga Allah memberinya kekuatan, kerana hanya insan yang layak dan kuat saja dipilih Allah untuk menerima ujian berat seperti itu.
Semoga terampun segala dosa-dosanya dan semoga syurga menjadi miliknya.
Aku dan semua, bersyukurlah andai hari ini tubuh badan kita masih sihat bertenaga. Masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa.
Ucapkanlah Alhamdulillah kerana saat ini, ketika kita hidup dengan riang gembira, ramai lagi yang sedang menderita dengan seribu macam penyakit dan kesakitan.
Semoga Allah memberi keampunan kepada kita semua.
Sumber : sentiasapanas.com
via Bin Usrah
Sumber : Gengviral
from I Am Kiram http://ift.tt/2oaGORN
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment