Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Tiada Lagi Kedai Legend Master Art, Seksyen 2 Shah Alam



Gambar: Twitter @AidilMokhtar
Kalau nama penduduk Shah Alam ataupun student Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, mesti tahu kedai Master Art di Seksyen 2, Shah Alam. Kedai ini menjadi pilihan pelajar terutamanya budak Art & Design untuk membeli barangan dan kelengkapan seni. Cakap je nak barang apa, semua ada dalam kedai ni. Selain itu, kedai ini juga menjadi pilihan pelajar mencari barangan dan kelengkapan menulis dengan harga yang berpatutan.

Tapi semalam merupakan detik tragis bagi pelajar dan warga Shah Alam kerana kedai tersebut telah hangus terbakar dalam satu insiden kebakaran. Jabatan Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke tempat kejadian bagi memadamkan api. Nampaknya, sumber kebakaran masih lagi belum diketahui.



Tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan kerana kecekapan pihak bomba memadamkan api.Habis kedai favorite para pelajar UiTM. Para pelajar dan bekas pelajar UiTM turut bersedih ekoran kebakaran yang menimpa kedai yang digelar legend ini.

Sumber : BicaraNework

from I Am Kiram http://ift.tt/2ijKbST
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.