Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Pasangan gay kantoi berkhalwat disebat 100 kali


BANDA ACEH, INDONESIA - Dua lelaki ditangkap melakukan hubungan sejenis berdepan dengan hukuman 100 sebatan selepas jiran melaporkan perbuatan jijik mereka itu kepada pihak berkuasa, lapor Sinar Harian. 

Ketua Penyiasat Syariah, Marzuki berkata, jika kedua-dua lelaki itu didapati bersalah, mereka akan menjadi pesalah pertama yang dikenakan hukuman atas tuduhan salah laku seks gay di bawah kod yang dikuatkuasakan sejak tahun 2014. 

Lapor The Associated Press, penduduk di kawasan kejiranan Banda Aceh melaporkan salah laku lelaki yang berusia 23 dan 20 tahun itu pada 29 Mac lalu. 

Marzuki berkata, kedua-dua lelaki berkenaan mengaku adalah pasangan gay dan ia disokong dengan video rakaman yang dirakam oleh jiran, yang tersebar di media sosial. 

Berdasarkan video, salah seorang lelaki berbogel, sementara seorang lelaki ditolak beberapa kali oleh jiran bagi mengelakkan mereka keluar dari bilik berkenaan. 

Terdahulu, penduduk di kejiranan Rukoh Banda Aceh curiga dengan kelakuan dua lelaki itu kerana mereka sering dilihat intim. 

"Berdasarkan siasatan kami, keterangan saksi-saksi dan bukti, kita boleh membuktikan bahawa mereka telah melanggar undang-undang syariah Islam dan kita boleh bawa mereka ke mahkamah," katanya.


Lapor Kanalaceh.com, pasangan itu ditangkap ketika sedang berkhalwat di sebuah bilik rumah sewa pada jam 11 malam. Dalam serbuan penguatkuasa agama juga turut menemui beberapa barangan bukti berupakan kondom. 

Soal siasat mendapati, pasangan itu mengaku mereka bercinta sejak tiga bulan lalu dan telah beberapa kali melakukan hubungan seks luar tabii. 

Ketika ditangkap, salah seorang daripada mereka bertindak menghubungi keluarga untuk meminta tolong.  - The Reporter


Sumber : Gengviral

from I Am Kiram http://ift.tt/2oj3np1
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.