Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Majikan jangan letak 'benchmark' terlalu tinggi sehingga menyebabkan graduan sukar mencari kerja


Betapa sukarnya mencari kerja di zaman ini, lebih-lebih lagi golongan graduan yang kebanyakannya bekerja di luar bidang masing-masing demi menyara kehidupan yang agak mencabar ini. 

Ada segelintir yang sudah berusaha sedaya upaya mencari pekerjaan, namun resume mereka kerap kali ditolak atas beberapa perkara seperti:
  • Tiada pengalaman kerja yang banyak
  • Gaji yang dipohon terlalu tinggi
  • Kerap bertukar kerja
  • Tiada kemahiran dalam bahasa inggeris
Biarpun permohonan kerja ditolak, sudah tentu anda tertanya-tanya, apa kesilapan pada resume sehingga membuatkan ia tidak diterima? Dan pastinya timbul rasa ingin tahu bagaimana persepsi majikan/panel temuduga apabila melihat resume anda, kan?

Tontonlah video temuduga dari Asian Crush ini dan lihat bagaimana tetamu jemputan mereka yang merupakan orang-orang ternama dalam bidang masing-masing menilai resume calon-calon yang memohon pekerjaan.

Untuk makluman, video ini telah ditonton 11 juta kali oleh pengguna Facebook sejak dimuat naik pada bulan Disember 2016.


Resume adalah salah satu dokumen yang penting untuk membolehkan anda diambil bekerja. Namun ia tidak cukup untuk majikan/panel temuduga menghakimi seseorang calon itu berdasarkan sekeping kertas sahaja.

Dalam video ini, tiga resume diberikan mereka dan kesemuanya ditolak atas alasan-alasan cliche Namun, apabila Asian Crush mendedahkan nama pemilik resume berkenaan, membuatkan mereka semua tergamam seketika. Malah, langsung tidak menyangka resume itu adalah milik pengarah filem terkenal di Taiwan, sahabat baik dan anak mereka sendiri. 

Majikan sepatutnya sedar bahawa, golongan muda yang berminat bekerja dengan mereka patut diberi peluang jika seseorang calon itu mempunyai kriteria dan mengikut syarat kelayakan. Usah meletakkan benchmark (penanda aras) yang terlalu tinggi sehingga menyukarkan golongan muda mencari pekerjaan dan bantu serta beri peluang kepada mereka untuk menyerlah dalam kerjaya yang dipilih.


Kita semua pernah berada di usia 20-an dan pasti melalui masalah yang sama. Pernah ada resume teruk, tiada pengalaman kerja yang hebat, skil komunikasi kurang dan banyak lagi. Tetapi hari ini, kita semua sudah berjaya kerana diberi peluang untuk membuktikan yang kita mampu melakukannya.

Jadi, bantulah mereka. Jangan menilai berdasarkan resume yang hanya sekeping kertas.


Sumber : Gengviral

from I Am Kiram http://ift.tt/2og2VIF
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.