Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Ini Cara MUDAH Catat Perbelanjaan Harian Keluarga Yang Ramai TAK TAHU !!!

Ini Cara MUDAH Catat Perbelanjaan Harian Keluarga Yang Ramai TAK TAHU !!! | Rekod perbelanjanan bulanan sangat penting untuk mengetahui dan mengawal perbelanjaan bulanan keluarga. tetapi ramai yang tak tahu bagaimana cara mudah membuat kiraan. perkongsian yang bermanfaat ini dapat memudahkan anda.

Senang je nak rekod perbelanjaan setiap hari tanpa bawa pen dan kertas. Saya belajar dari Azizi Ali bahawa pentingnya kita rekodkan belanja setiap hari. Azizi Ali namakannya Money Tracker. Mula-mula tu macam agak susah untuk saya nak buat sebab masa kita berbelanja, mana sempat nak tulis. Tapi saya dapat idea sendiri, sangat mudah. Idea ni menyebabkan saya dan Aimi Nazihah berjaya amalkan sampai hari ni.

Caranya macam ni, kita semua kan selalu pegang handphone. Macam dah keperluan jadinya. Mana-mana pun tengok handphone. Jadi, buat satu group whatsapp. Ahlinya suami dan isteri sahaja. Letak nama group Money Tracker. Tiap kali lepas makan, beli atau belanja apa-apa, tulis dalam group whatsapp tu :
Makan tengahari -8.00
Minyak kereta -50.00
Parking -1.00
Bil letrik -78.00
Econsave -45.50
Laptop -1450.00
Ali bayar hutang +300.00
Bonus +500.00
Simbol ( – ) adalah sebagai perbelanjaan atau duit keluar. Simbol ( + ) adalah sebagai pendapatan atau duit masuk.


Dalam whatsapp kan ada tarikh bila kita tulis. Jadi, hujung bulan kita boleh semak balik perkara berikut :
1. Berapa duit kita dah belanja
2. Bila tarikh kita belanja
3. Apa yang kita belanja
4. Belanja lebih bajet atau tak
5. Apa yang terlebih bajet
Kesannya, kita akan tahu belanja setiap bulan terlebih kat mana supaya lebih beringat dan perbaiki cara perbelanjaan ke arah yang lebih berhemah.
Tips ni pun boleh buat untuk benda lain juga. Kalau nak simpan resepi, location, nak buat senarai tugasan, senarai barang nak beli, cuma buat group whatsapp suami isteri dan tulis la apa saja dalam group whatsapp tu untuk simpanan.
Semoga bermanfaat.

Sumber:-Nik Mohd Fahmi

P.S. 1 – CCTV JPJ Rakam Imej Bungkusan Kain Kapan Dalam Kereta Warga Singapura Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – ANEH Suami Selalu Pulang Rumah Mak. Akhirnya Apa Yang Suami Buat Di Rumah Maknya TERBONGKAR !!!
P.S. 3 – Malam Pertama Saya Salin Pakaian Di Bilik Lain. Gara-Gara Ini Suami Buat Sesuatu Di LUAR JANGKA !!!
P.S. 4 – Suamiku Seorang Yang Amat Baik Tapi Disebabkan Satu SEBAB, Aku TERLANJUR Dengan Rakan Sekerja !!!
P.S. 5 – Seluruh Penduduk MURTAD. 30 Tahun Pakcik Ni TERPAKSA Solat Sendirian…. Allah Allah…

The post Ini Cara MUDAH Catat Perbelanjaan Harian Keluarga Yang Ramai TAK TAHU !!! appeared first on OH MY VIRAL.



Sumber : OhMyViral

from I Am Kiram http://ift.tt/2p1CxQS
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.