Kuala Nerus: “Saya tak kesah seharian berlumuran najis kerbau kerana minat dengan haiwan itu sejak kecil lagi. Malah, kegiatan itu menyeronokkan, selain membantu perusahaan keluarga,” kata Nadia Khairun Nisa Yusof, 15, ketika ditemui di Kandang Kerbau Fitlod milik bapanya di Kampung Gemuroh, Tepuh, dekat sini.
Nadia berkata, dia berjinak-jinak dengan penternakan kerbau sejak berusia tujuh tahun apabila dilatih bapanya Yusof Mohamad, 45, mengendalikan ternakan itu secara tradisional.
“Kerbau besar jasanya pada saya kerana pernah menyelamatkan saya ketika tersesat dalam hutan di kampung ketika berusia enam tahun. Justeru, kerbau dekat dengan hati dan mendorong saya meneruskan minat untuk berkecimpung dalam bidang penternakan.
“Tak kesahlah apa yang dilabelkan orang, maklumlah saya seorang gadis dan di luar kelaziman bergelumang dengan aktiviti penternakan seperti ini, namun saya cenderung kepada bidang ini berbanding aktiviti menanam bunga di halaman rumah,” katanya yang juga pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tong, Setiu.
Nadia Khairun Nisa berkata, kebiasaannya dia membantu bapanya menguruskan 60 kerbau pada jam 4 petang hingga 6.30 petang, antaranya membabitkan aktiviti memberi makan dan memandikan kerbau serta membersihkan najis di kandang.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Sumber : Friscomedia
from I Am Kiram http://ift.tt/2pep2g0
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment