Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Dua beradik berebut hak penjagaan ibu sehingga kes dibawa ke mahkamah

Foto hiasan | sumber Ustaz Ahmad Dusuki Abd Ghani

Di Malaysia realitinya, anak kandung menuntut ibu atau ayahnya di mahkamah hanya kerana wang, geran tanah, rumah dan harta yang lain. Tetapi di Saudi, dua adik beradik ke mahkamah hanya untuk berebut hak penjagaan ibu kandungnya. MasyaAllah. 

SENGKETA DUA BERADIK HINGGA KE MAHKAMAH

Dua orang adik beradik di Saudi Arabia bergaduh dan berebut hak penjagaan ibu sehingga kes dibawa ke mahkamah. Di salah satu pengadilan Qasim, Kerajaan Saudi Arabia, Hizal al-Fuhaidi menangis sehingga air matanya membasahi janggut. Kenapa? Kerana dia kalah kepada saudara kandungnya di mahkamah. 

Tentang apakah kekalahan pada saudaranya itu? Tentang tanah? Harta? Bukan kerana itu semua tetapi dia kalah berkenaan hak penjagaan ibunya yang sudah tua dan bahkan hanya memakai sebuah cincin timah di jarinya yang telah kusam. 

Seumur hidupnya, beliau tinggal bersama Hizan yang selama ini menjaganya. Tatkala beliau sudah semakin tua, datanglah adik yang tinggal di kota lain mahu mengambil ibunya untuk tinggal bersama dengannya dengan alasan kemudahan kesihatan dan lain-lain di kota jauh lebih baik dari kawasan desa. 

Bagaimanapun Hizan menolak dengan alasan selama ini dia masih mampu untuk menjaga ibunya. Keengganan Hizan mencetuskan perbalahan di antara mereka berdua sehingga kes terpaksa dibawa ke mahkamah. 

Sidang pun bermula, hingga hakim pun meminta agar si ibu hadir di mahkamah. Kedua-dua lelaki bersaudara ini mendukung ibu mereka yang sudah tua, yang beratnya tak sampai 40 kilogram. 

Hakim bertanya kepadanya, "Siapa yang lebih berhak tinggal bersamamu?" 

Si ibu yang memahami pertanyaan itu pun menjawab, "Ini mata kananku!" sambil tangannya menunjuk ke arah Hizan dan "Ini mata kiriku!" jarinya tepat ditudung ke arah adik Hizan. 

Hakim berfikir sejenak, kemudian memutuskan bahawa hak penjagaan diberikan kepada adik Hizan berdasarkan pertimbangan kemaslahatan bagi si ibu.

Betapa mulia air mata yang dikeluarkan oleh Hizan. Air mata penyesalan kerana tidak dapat memelihara ibunya tatkala beliau telah meningkat usianya semakin lanjut. 

Dan betapa bangga dan agungnya seorang ibu direbut oleh anak-anaknya sehingga berlaku seperti ini. Andaikata kita dapat memahami, bagaimana seorang ibu mendidik kedua-dua anak lelakinya sehingga ia menjadi ratu dan mutiara yang mahal bagi anak-anaknya? 

Ini adalah pelajaran dan pengajaran yang ssangat mahal tentang berbakti kepada orang tua. Di zaman yang sudah hampir kiamat ini, betapa banyak anak yang derhaka. 

"Ya Allah, Roob kami! Anugerahkan kepada kami keredhaan ibu kamu dan berikanlah kami kekuatan agar selalu dapat berbakti kepadanya. Amin, amin ya Rabbal alamiin."


Sumber : Gengviral

from I Am Kiram http://ift.tt/2oTthRM
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.