Tatkala anak muda yang lain tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran, ibu bapa anak muda ini dengan yakin dan berani menghantar anak lelaki mereka ini menyambung pengajian di universiti swasta. Biarpun si ibu terpaksa menebalkan muka untuk meminjam, semata-mata untuk anak lelakinya itu.
Enggan mengecewakan orang tuanya, si anak nekad belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah. Alhamdulillah, seronok melihat anak muda ini berjaya dan juga tidak mensia-siakan pengorbanan ibu bapanya. Semoga menjadi inspirasi dan contoh kepada anak-anak muda yang lain.
Oleh Nizam Mustapha
Latar belakang keluarga saya bukanlah daripada golongan berharta dan berduit. Sejak saya kecil lagi, hidup hujung bulan beras habis ataupun kasut dan baju sekolah pakai sampai lusuh sebab tak mampu nak beli baru. Teringin nak jadi pengawas atau pustakawan, tetapi hasrat itu terpaksa diketepikan sebab tak cukup duit nak beli uniform baru.
Bila saya dapat tawaran sambung pengajian di UTP, saya fikir banyak kali sampai bergaduh dengan abah sebab last minute buat keputusan masuk UTP, berbanding IIUM. Malah ada yang bertanya pada mak, apakah keluarga kami mampu untuk membayar yuran pengajian saya di universiti swasta. Kadang-kadang mak sanggup tebalkan muka meminjam semata-mata untuk anak.
Masa masuk UTP dulu pun, waktu orientasi ada berborak dengan pelajar senior dan mereka juga terkejut macam mana seorang Pengawal Keselamatan boleh membuat keputusan untuk anak dia sambung pengajian di universiti swasta. Ada juga yang beritahu abah tentang hal ini, tetapi abah relaks saja.
"Selagi abah mampu, jangan fikir pasal duit," kata abah.
Ahad lalu semasa konvokesyen, selepas saya menerima skroll, mak hantar mesej dan bertanya,
"Abang nak bunga ke? Mak dah tanya dah, tapi RM100. Mak tak mampu, bang."
Sebak sungguh bila mak masih lagi fikir nak belikan bunga semasa konvokesyen saya. That moment when both of your abah and mak berjaya tanggung kau sampai ke Menara Gading.
To all students out there, either you're rich or sebaliknya, make both of your parent proud of you. Don't you even try to flip around during your student life, strive as you can. Tak semua mampu berada dengan apa yang kita ada sekarang. So be grateful and ingat abah dan mak.
So i dedicated this Degree to Mak and Abah
Sumber : Gengviral
from I Am Kiram http://ift.tt/2o1DGa8
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment