Penjelasan Terbaik Jika Anak Anda Persoalkan Isu Solat.
Assalamualaikum, Mama Lana Luqman dibanjiri message inbox dengan soalan bagaimana mendidik anak solat. Sejujurnya saya juga melalui proses kaedah cuba jaya di mana selalunya gagal belaka. Bukan sahaja bab solat, mendidik anak special mahupun anak typical memanglah kena menggunakan kaedah yang berbeza-beza.lain anak lain ragamnya kan?
Kisah ini dipetik menerusi Facebook Syahirah Omar Akademi Fitrah.
SOLAT
1. Saya akui saya juga dulu agak tidak mengambil berat tentang ketepatan masa untuk solat. Solat bila akhir waktu, solat bila semua kerja dah selesai, solat bila anak-anak dah tidur. Saya mencari-cari waktu setelah semua kerja selesai.
Tetapi sebenarnya saya selalu terlupa dengan solatlah tempat kita meminta pada Allah supaya memudahkan segala urusan kita. Jadi, tips yang pertama, mama dan ayah kena solat on time atau secepat mungkin sambil mengajak anak-anak.
"Okay kemas semua mainan, Jom kita wudhu dan solat,"
TAWAR MENAWAR
2. Biasalah, drama-drama anak ini bermacam-macam. Ada angin dia asyik tanya,
"Kenapa sampai 4? Kenapa tak 3? Kenapa tak 2? Saya letih hari ini mama,"
Selalu mereka akan cuba tawar menawar tetapi hukum Allah tetaplah kena bertegas. 4 means 4. Kau tergolek pun mama minta 4. Main-main waktu solat pun akan diberi hukuman. Ini tips untuk anak-anak yang 5 tahun ke atas. Yang masih baby, saya rasa ajaklah bersama letak di sebelah. Anak memang akan belajar dari apa pemerhatian mereka. Tutup segala TV dan simpan segala gadget.
"MAMA, KENAPA KITA KENA SOLAT BANYAK-BANYAK NI?"
3. Soalan ini kerap sangat anak typical saya tanya.
"Sebab Allah suruh bukan mama suruh,"
"Kenapa Allah suruh solat banyak-banyak? Luqman penat sangatlah 4 keraat," soal Luqman.
"Rakaat, bukan keraat. Sebab Allah kata kalau nak masuk syurga kena solat. Siapa tak solat nanti masuk api neraka. Luqman nak masuk mana?"
"Luqman nak masuk syurga. Tapi kenapa kena solat banyak dan sama saja selalu?" soal Luqman lagi.
"Sebab nak cakap terima kasih Allah. Kalau mama bagi Luqman toys, Luqman cakap thank you kan? ALLAH bagi Luqman bangun sihat pergi sekolah, jumpa kawan-kawan, bermain dengan kawan--kawan. Luqman makan mama masak yellow soup, semua itu Allah yang bagi. Jadi kena say thank you pada Allah," jelas saya padanya.
Sebenarnya, setiap hari dia bertanya. Bukan hari ini saja, esok, lusa dan bulan depan. Jawab dengan sabar dan jawapan janganlah berubah teruk sangat. Terus sebut sahaja yang ini adalah perintah Allah.
GANJARAN
4. Sekali sekala ganjaran sangat penting untuk memberi motivasi kepada anak-anak agar berlumba-lumba membuat kebaikan. Antara hadiah yang diberi contohnya penggunaan handphone mama (kecuali Facebook) untuk 10 minit, penggunaan laptop selama 10 minit, makanan kegemaran atau mainan Lego RM5.
Alah, kita dulu pun kena bagi aiskrim Malaysia sebagai upah, barulah berlumba-lumba nak pergi kedai belikan mak bawang 10 biji kan? Lebih kurang samalah.
Selalu bawa anak ke masjid pada waktu-waktu kurang jemaah pada permulaan. Waktu dhuha, waktu selepas solat fardhu. Kemudian bila sudah terbiasa, maka mereka juga akan terbiasa. Boleh cuba bawa mereka solat maghrib di masjid bersama. Pastikan mereka duduk di sebelah .
Selesai solat, tarik anak duduk depan kita bagi anak yang masih kecil, jangan biarkan mereka menganggu jemaah yang lain. Setakat ini, itu sajalah perkongsian saya. Semoga dapat memberi manfaat kepada yang lain. InshaAllah.
via Bin Usrah
Sumber : Gengviral
from I Am Kiram http://ift.tt/2nLrY3V
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment