Assalamualaikum. Kisah yang saya nak kongsikan ini berlaku pada 29 November 2016. Ambillah sebagai iktibar.
Ini anak kedua saya. Yang pertama, kakaknya berumur tiga tahun lebih pada masa itu. Pada permulaan mengandung anak yang kedua ini, keadaan kesihatan saya tip top. Saya sangat gembira sangat sebab masa mengandung kakaknya, saya ada diabetes dan darah tinggi tetapi masih dalam kawalan.
Kisahnya bermula dengan pelbagai masalah dan ujian yang menimpa hidup menyebabkan saya stress dan teramat penat. Bulan tiga, saya disahkan ada darah tinggi dan kencing kotor. Pernah ditahan wad selama 3 malam di Hospital Kuala Lumpur dan perlu makan ubat darah tinggi.
Masalah-masalah itu menyebabkan saya menjadi terlalu berdikari sehingga terlupa yang diri saya ini mengandung. Walaupun penat, saya gagahkan diri sehingga terlupa bayi saya dah terlalu penat di dalam.
Saya selalu mengusap-usap perut saya dan menangis agar anak saya bertahan. Bayi saya sangat aktif, menendang tak mengira waktu.
Kemudian pada bulan November, kandungan sudah berusia tujuh bulan. Bayi saya kurang bergerak, lalu pergi ke klinik dan akibat tekanan darah agak tinggi, saya dirujukkan ke hospital dan ditahan wad. Saya pilih Hospital Serdang kerana ia lebih dekat dengan rumah.
Saya diberi ubat darah tinggi dan sawan melalui saluran darah diberikan. Segala doktor pakar masuk dan saya dimaklumkan tentang keadaan saya 50-50, bayi saya tidak mampu survive sehingga cukup bulan. Air ketuban saya juga telah kurang dan jika diteruskan, kedua-dua kami akan 'pergi'.
Jadi doktor memilih untuk selamatkan saya. Masa itu hujan air mata selebat-lebatnya. Saya merayu kepada doktor buatlah sehabis baik untuk menyelamatkan kandungan saya. Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa, bayi saya pergi jua meninggalkan saya dan dunia ini.
"Tenanglah sayang di sana, bertemu dengan Penciptamu. Tidak sedetik pun mama lupakan sayang dan terlalu ingin bertemu sayang. Mama titipkan salam rindu buat sayang setiap kali selepas solat. Mama terasa sangat ikatan antara kita walaupun di alam berbeza."
Sebenarnya terlalu banyak yang ingin saya kognsikan tetapi cukuplah untuk kali ini. Buat bakal-bakal ibu, jagalah kesihatan baik-baik. Jangan buat kerja-kerja berat, makan ubat mengikut waktu dan jangan ditangguh-tanguhkan. Berehatlah secukupnya.
"Buat anakku, arwah Putra Muhamad Firas Firdawsi, mama bangga memiliki sayang. Doakan mama tabah menghadapi ujian-ujian hidup yang sementara ini. Sayang berkorban untuk mama di sana. Mama, papa dan kakak Mayra sangat merindui sayang..."
Sumber: Cahaya Mata
Sumber : Gengviral
from I Am Kiram http://ift.tt/2svAJB2
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment