Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Slip Disc: 'Keadaan menjadi semakin teruk bila kaki tak terasa langsung bila pijak jalan'


Bagi yang pernah merasa deritanya slip disc, memang perit lebih-lebih lagi masa awal-awal terkena. Memang tak terucap sebarang kata-kata. Nak berdiri selepas duduk pun sakit, nak berjalan pun sakit, buatlah apa pun pasti sakitnya terasa. 

Seperti yang dialami oleh Noor Farhana yang terkena slip disc baru-baru ini bukan disebabkan terjatuh, namun pelbagai faktor yang lain menjadi punca kepada masalahnya itu. Semoga perkongsian dari Noor Farhana ini bermanfaat untuk kita semua.

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya semua. 

Since Nana masuk hospital sebab kena slip disc, ramai sangat yang call dan mesej di WhatsApp tanya punca Nana terkena slip disc. Penyakit ini kadang-kalanya kita tidka tahu apa puncanya. Nak kata jatuh, tak jatuh. Tapi kejadian Allah dah tetapkan, jadi redha dan ikhtiar. Nana kongsikan macam mama Nana boleh tahu yang diri ini kena slip disc. Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua. 

Pada permulaannya, bertahun Nana dapat sakit belakang yang nak kata teruk, taklah teruk. Tetapi sekali kena, memang sakit. Masuk awal tahun ini, Nana rasa kebas di kaki sebelah kanan sahaja. Tiga bulan juga merana kebas kaki ini. Jam 3 atau 4 pagi mesti terjaga. Jirus kaki dengan air, ambil ais tuam di kaki, mandi. 

Bila pergi pejabat, asyik tanya kawan kenapa kaki asyik kebas saja. Padahal bukan duduk bersimpuh ke apa. Duduk biasa pun kebas, baring pun kebas. Boleh dikatakan 24 jam ada saja rasa kebas itu. Memang langsung tak selesa. 

Kemudian merebak sakit belakang dan tongking (bahagian atas punggung). Bila nak tergelak pun kadang-kadang terasa sakitnya. Sampai tahap nak bangun kena berpaut pada kerusi sebab nak support badan sendiri. Pergi klinik, tak payah cakaplah. Asyik kata kita angin, ayat yang sama saja diberikan. 

Sampailah satu masa, seminggu sebelum raya bilamana keadaan menjadi semakin teruk. Tengah jalan kaki nak pergi kerja, tak terasa langsung kaki kanan ini pijak jalan. Okay, dah rasa seram pada masa itu. Kemudian naik tangga rasa sakit di pelipat kaki. 

Esoknya pergi ke klinik dan minta surat untuk dirujukkan ke doktor pakar. Sampai doktor pakar minta buat MRI. Sebenarnya ini kali ketiga Nana buat MRI dalam tempoh lima tahun ini sejak sakit belakang dan keputusan MRI terbaru ini, memang Nana kena slip disc. 


Ada beberapa disc dah terkena pada urat saraf sebelah kanan, sebab itu kaki kanan saja yang kebas. Doktor minta buat injection, kalau tidak, keadaan akan menjadi semakin teruk. Sebab kita manusia ini, kalau doktor suruh jaga makan ke, apa ke, bukan nak dengar sangat bila sihat, kan? 

Nana pun balik berbincang dengan keluarga dan memilih jalan dengan mendengar nasihat doktor. Untuk makluman, doktor tak paksa untuk buat injection, Nana yang pilih. 


Nana buat 12 inejction di belakang dan dalam tempoh dua tahun ini kena jaga diri, tak boleh angkat benda berat. Ramai yang sarankan Nana pergi berurut, bukan tak percaya tetapi bimbang jika tulang makin lari. Yang menanggung sakitnya itu kelak adalah kita, bukannya orang lain.

Lain orang, lain cara. Tetapi yang penting usaha untuk menjaga diri. Orang yang tak kena memang tidak akan tahu rasa dan derita slip disc ini bagaimana. Nak duduk tak boleh, nak berdiri lenguh, nak baring rasa kebas.

Punca slip disc ini sebenarnya bukan pada jatuh sahaja.
  1. Cara kita duduk di atas kerusi (rapatkan kerusi pada meja supaya postur badan bukan dalam keadaan membongkok.
  2. Cara memandu atau menunggang motosikal
  3. Angkat benda berat tetapi cara mengangkat itu tidak betul (bengkokkan kaki, bukannya membongkokkan badan)
  4. Duduk di atas kerusi dengan dompet masih di poket belakang menjadikan postur duduk tidak stabil dan boleh menjadi punca slip disc
  5. Keadaan kita bila membongkok
  6. Bangun dari tidur, mengiringkan badan terlebih dahulu. Jangan terus bangun sahaja
  7. Pelbagai lagi punca yang lain

Ada banyak juga puncanya. Jangan anggap kita buat sesuatu itu sudah betul keadaan badan. Sebenarnya, tidak. Jagalah diri, kalau rasa sakit cepat-cepatlah bertanya pada doktor. Sakit sekarang tak kira umur. Kita tak minta sakit tetapi sekurang-kurangnya apa yang Nana kongsikan ini, orang ramai boleh berhati-hati selepas ini. Jangan sampai kritikal baru nak pergi buat pemeriksaan. 


Majoriti pesakit yang ada semasa Nana buat fisio terapi adalah anak-anak muda. Allahu, memang terkejut sebab ingatkan kita seorang. Yang dah tua hanya beberapa kerat sahaja. Alhamdulillah Nana dah keluar wad tetapi masih perlu berehat dan menghadiri fisio terapi. Luka injection itu masih terasa. Untuk tempoh dua tahun ini boleh bersukan tetapi nak angkat benda berat, kena simpan dalam hati. 




Terima kasih kepada ibu, ayah, adik, saudara mara yang datang, keluarga yang memberi sokongan, Doktor Yong Yuan SHYH (Hospital COlombia Asia Setapak) yang sangat ramah dan baik, jururawat di hospital yang superb baik dan kawan-kawan semua. 

Doakan Nana cepat sihat dan boleh bekerja semula. 

Sumber: Noor Farhana


Sumber : Gengviral

from I Am Kiram http://ift.tt/2tOFJoc
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.