Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Suami Isteri BERCIUM Boleh MEMBATALKAN Puasa Walaupun Tidak BERSETUBUH Jika…

Suami Isteri BERCIUM Boleh MEMBATALKAN Puasa Walaupun Tidak BERSETUBUH Jika…| Kita sering dimomokkan oleh sesetengah ahli agama yang sering bermudah-mudah dalam menerangkan sesuatu hukum yang baru dipopularkan sedangkan mereka tidak memperincikan perincian yang patut diikuti untuk mengamalkannya. Antaranya hukum mencium isteri ketika puasa. Benar ianya diharuskan tetapi ada perkara yang perlu dijaga. antaranya jika kita tertelan air liur orang lain.

Adapun yang berkaitan dengan menelan air liur isterinya, Ibnu Qudamah rahimahullah berkata:

Menelan ludah orang lain maka hal itu membatalkan puasa. Kerana ia menelan sesuatu yang bukan dari mulutnya. Maka hal ini seperti ia menelan sesuatu selain air liur. Jika dikatakan: Aisyah meriwayatkan bahawa

“أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ يُقَبِّلُهَا وَهُوَ صَائِمٌ , وَيَمَصُّ لِسَانَهَا”

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menciumnya padahal beliau dalam keadaan puasa dan menyedot lidahnya.” (Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Dawud 2386.)

Maka kami katakan: Telah diriwayatkan dari Abu Dawud bahawa dia berkata: sanad hadis ini tidak shahih.

Ibnu Qudamah memberikan dua pengertian dari hadis tersebut (andaikata memang hadis tersebut shahih):

Pertama, tidak ada kaitan antara dua hal tersebut (mencium dan menyedut lidah). Ia rahimahullah berkata: Boleh jadi, beliau mencium Aisya ketika berpuasa, dan menyedut lidahnya ketika tidak berpuasa.

Kedua, hadis tersebut bukan dalil boleh menelan air liur. Ia rahimahullah berkata: Boleh saja beliau menyedutnya namun kemudian tidak menelan ludahnya. Kerana tidak disebutkan dengan jelas berpindahnya air liur yang ada di lidah Aisyah ke mulut beliau. Al-Mughni (3/17).

Dalam Dha’if Sunan Abi Dawud, Al-Albani pun mendha’ifkan kata-kata “menyedut lidahnya”

Atas dasar itu, jika ludah pasangan seseorang tidak tertelan maka puasanya tidak batal.

Namun, di sisi lain, menyedut lidah suami atau sebaliknya termasuk ke dalam kategori unsur persetubuhan. Ciuman dan unsur-unsur persetubuhan lainnya diharamkan, jika ditakutkan akan merosakkan puasa dengan keluarnya mani. Jika seseorang yakin boleh menjaga diri dari keluarnya mani maka, berdasarkan pendapat yang shahih, hukum ciuman dan unsur-unsur persetubuhan lainnya adalah boleh. Karena Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah “mencium Aisyah dan beliau dalam keadaan puasa” (al-Bukhari 1927 dan Muslim 1106). Namun demikian, alangkah baiknya jika ia menjaga puasanya dari hal-hal yang boleh mengurangi kesempurnaan puasa, terlebih lagi hal itu semua boleh dilakukan di setiap malam hari Ramadhan.

Sumber:- IslamQA

P.S. 1 – CCTV JPJ Rakam Imej Bungkusan Kain Kapan Dalam Kereta Warga Singapura Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – ANEH Suami Selalu Pulang Rumah Mak. Akhirnya Apa Yang Suami Buat Di Rumah Maknya TERBONGKAR !!!
P.S. 3 – Malam Pertama Saya Salin Pakaian Di Bilik Lain. Gara-Gara Ini Suami Buat Sesuatu Di LUAR JANGKA !!!
P.S. 4 – Suamiku Seorang Yang Amat Baik Tapi Disebabkan Satu SEBAB, Aku TERLANJUR Dengan Rakan Sekerja !!!
P.S. 5 – Seluruh Penduduk MURTAD. 30 Tahun Pakcik Ni TERPAKSA Solat Sendirian…. Allah Allah…

The post Suami Isteri BERCIUM Boleh MEMBATALKAN Puasa Walaupun Tidak BERSETUBUH Jika… appeared first on OH MY VIRAL.



Sumber : OhMyViral

from I Am Kiram http://ift.tt/2qJseFD
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.