Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

[VIDEO] Tawarkan $100K Untuk TIDUR Dengan Isteri Orang, Apa Yang Suaminya Lakukan DIKECAM Netizen !!!

[VIDEO] Tawarkan $100K Untuk TIDUR Dengan Isteri Orang, Apa Yang Suaminya Lakukan DIKECAM Netizen !!! | Pasangan suami isteri sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan. Pokoknya, sejauh manakah kesetiaan pasangan anda dan apakah yang lebih penting bagi mereka dalam sesebuah perkahwinan itu.

Kebiasaannya kita mendengar atau membaca kisah isteri atau suami berlaku curang tanpa pengetahuan pasangan masing-masing. Namun dalam video social experiment yang dilakukan Joey Salads, membuatkan kami bagaikan tidak percaya dengan reaksi dan keputusan si suami.

Joey yang berpakaian pejabat dalam video tersebut menghampiri satu pasangan suami isteri yang sedang menolak troli mereka. Kemudian Joey bertanya berapakah harga untuk bersama isteri lelaki itu untuk satu malam.

Reaksi awal si suami terkejut dan menganggap Joey tidak waras. Joey kemudian mengulangikan soalannya dan kali ini menawarkan sejumlah wang bernilai $10,000 (RM4,2830.50).

Tidak percaya dengan wang yang ditunjukkan, si suami memeriksa ketulenan wang berkenaan dan mendapati ianya benar. Namun masih enggan melayani ‘kegilaan’ Joey dan segera beredar.

Malangnya, apabila Joey menunjukkan sejumlah wang $100,000 (RM428,305), si suami berhenti berjalan dan terkedu buat seketika.

“Baiklah, apa yang awak nak lakukan?” soal si suami.

“Hanya satu malam saja, saya dengan dia,” jawab Joey.

“Saya tak percaya dengan ini semua,” sampuk si isteri.

“Baiklah, saya tidak ingin tahu apa yang awak nak lakukan,” kata si suami.

“Dengan duit ini awak boleh gunakan untuk bayar downpayment sebuah rumah. Hanya biarkan isteri awak bersama dengan saya satu malam sahaja. Dengan $100,000 ini kamu berdua boleh dapat rumah impian yang diidamkan,” pujuk Joey lagi.

Pasangan itu kemudian dilihat berbincang dan si isteri bagaikan tidak percaya dengan keputusan suaminya dan berulang kali menyoal suaminya sama ada dia serius dengan keputusannya itu.

Si suami kemudian menjelaskan dia bersetuju dengan tawaran yang diberikan.

“Bagaimana dengan awak? Ini termasuk mengadakan hubungan seks,” soal Joey pada si isteri yang serta-merta menjawab tidak.

“Baiklah, saya tambah lagi $10,000,” kata Joey lagi.

“Saya tak percaya ini semua. Adakah awak serius?” soal si isteri pada suaminya pula.

“Itu sejumlah wang yang banyak. Tolonglah, $100,000 tu,” pujuk rayu si suami.

“Hanya satu malam sahaja dan saya akan hantar dia balik ke pangkuan awak jam 8 pagi esok,” sampuk Joey.

“Awak cakaplah, itu keputusan awak,” kata si isteri pada suaminya.

“Saya rasa kita patut lakukannya dan ia satu tindakan yang bijak,” balas si suami membuatkan wanita itu tergamam seketika.

Seketika kemudian kedua-dua pihak mencapai persetujuan dan berjabat tangan. Sebelum beredar, Joey bertanya apakah si suami mahu memberikan ciuman selamat tinggal kepada isterinya.

“Saya gembira awak buat keputusan itu. Terima kasih, saya amat menghargainya,” kata si isteri yang kemudian pergi bersama Joey.

Buying Someones Wife For $100k (Social Experiment) Would you sell your wife? How Much?(Add me on Instagram @JoeySalads)

Posted by Joey Salads on Friday, June 24, 2016

Di akhir video tersebut, Joey menjelaskan bahawa itu semua hanya “Prank” dan mengambil kembali wang $100,000 dari troli suami pasangan itu.

Sumber:- Thereporter

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

The post [VIDEO] Tawarkan $100K Untuk TIDUR Dengan Isteri Orang, Apa Yang Suaminya Lakukan DIKECAM Netizen !!! appeared first on OH MY VIRAL.



Sumber : OhMyViral

from I Am Kiram http://ift.tt/2skNIYn
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.