Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Anak Istimewa Dan OKU, Ini 10 Nasihat Untuk Ibu Bapa



10 nasihat bagi ibu bapa penjaga anak istimewa / OKU:

1. Kita wajib yakin bahawa anak itu bukan “defect creation” oleh Penciptanya.
Allah tidak pernah menciptakan sesuatu yang sia-sia.

2. Memohon pertolongan Allah mesti lebih daripada mengharap pertolongan makhlukNya.
Bukan maksudnya tidak perlu cari doktor, juruterapi, guru pendidikan khas dan sebagainya tetapi cari Allah dahulu. Jangan sesekali salahkan DIA.

Usahakan untuk berdamping dengan kumpulan sokongan yang positif bukan untuk sekadar mengadu tapi belajar dari mereka yang terdahulu.

3. Berhenti juga untuk menyalahkan pasangan, keturunannya atau orang keliling dan datangkan rasa syukur dalam diri.
Stay positive, walaupun ada yang akan mengatakan anak itu hadir kerana kifarah dosa lampau kita. Masa untuk anda memilih orang keliling yang lebih positif.

4. Perlu tahu bahawa anak kita masih lagi ada deria kerana rohnya masih bersama jasad.
Kita bukan hanya bertanggungjawab menjaga jasad anak sahaja. Oleh itu, fokuskan cara pengajaran dengan menggunakan deria yang anak masih ada atau masih berfungsi.

Di samping itu usahakan juga untuk rangsangkan deria yang memerlukan. Kerja kita bukan memperbaiki ciptaan/ anugerah Nya, tapi mendidik khalifah ini.

5. Kita perlu ada ilmu untuk memahami dan mendidik mereka kerana mereka diberikan kelebihan yang berbeza berbanding kita dan anak yang lain. 
 Ingat! Allah Maha Adil. Tidak mungkin sesuatu makhluk itu tiada fungsi dalam kehidupan ini.

6. Sedangkan insan yang di hujung nyawa pun kita ajarkan mereka kalimah Allah, kenapa tidak untuk mereka yang mungkin Hyper, hanya boleh kelip mata dan angguk kepala dan lain-lain lagi.

7. Mereka (anak istimewa) ini mungkin tidak dikurniakan kemahiran berfikir, namun mereka masih mampu berzikir. Ajarkan mereka.
Jangan fokuskan dengan keputusan atau pencapaian tentang apa yang kita dapat jika kita berbuat sesuatu, tapi fokuskan apa usaha kita yang telah kita rancang dan laksanakan.

8. Sekiranya mereka dikatakan “tiket syurga”, pastikan tiket kita itu boleh digunakan dan “laku” di akhirat nanti.
Semasa di dunia ini kita boleh lihat berapa ramai orang tertinggal penerbangan walaupun mereka ada tiket, orang yang ada tiket bas tapi tidak dapat balik kampung dan pelbagai lagi.
Maksudnya BUKAN SEMUA TIKET yang kita ada, boleh memberi kita sesuatu manfaat. Jangan sesekali kita terlepas tiket ke syurga.

9. Antara fungsi mereka di dunia ini adalah mendoakan kita, ajarkan mereka. Semoga permintaan mereka pada Allah tiada hijabnya.

10. Jangan hanya fokuskan pendidikan vokasional, kemahiran dan akademik sahaja tapi kita meninggalkan pendidikan al-Quran.
Seolah-olah kita kerjakan perihal fardhu kifayah dan meninggalkan yang fardhu ain. Al-Quran bukan alternatif, bukan komplementari.

Ia adalah asas (foundation). Usahakan untuk mengajar mereka.

Sumber: TheVocket


via Bin Usrah

Sumber : Gengviral

from I Am Kiram http://ift.tt/2swCZIZ
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.