TAK terasa kita berada di akhir bulan Sya’ban. Berarti, besok kita akan kedatangan bulan suci Ramadhan dan memulakan berpuasa. Maka sudah sepatutnya kita melakukan berbagai persiapan dalam rangka tarhib Ramadhan (menyambut Ramadhan).
Ibarat tetamu yang agung, kedatangan bulan Ramadhan mesti disambut dengan perasaan gembira dan suka cita oleh umat Islam.
Setelah setahun berpisah, maka tetamu yang agung ini kembali ditunggu-tunggu dan dialu-alukan kedatangannya dengan penuh kegembiraan dan kerinduan.
Dari Abu Hurairah RA Rasulullah SAW bersabda:
أتاكم رمضان شهر مبارك. فرض الله عز وجل عليكم صيامه، تفتح فيه أبواب السماء، وتغلق فيه أبواب الجحيم، وتغلّ فيه مردة الشياطين، لله فيه ليلة خير من ألف شهر، من حرم خيرها فقد حرم
Ertinya:
"Telah datang kepada kalian ramadhan, bulan yang penuh berkah. Allah wajibkan kepada kalian puasa di bulan ini. Di bulan ini, akan dibukakan pintu-pintu langit, dan ditutup pintu-pintu neraka, serta setan-setan nakal akan dibelenggu. Demi Allah, di bulan ini terdapat satu malam yang lebih baik dari pada 1000 bulan. Siapa yang terhalangi untuk mendulang banyak pahala di malam itu, berarti dia terhalangi mendapatkan kebaikan". (HR. Ahmad, dan Nasai).
Bagaimanakah cara terbaik menyambut ketibaan bulan yang mulia ini? Hal ini dimaksudkan agar seorang muslim itu tidak leka di dalam musim beramal ini dan semoga dia termasuk orang yang berlumba-lumba dan bersaing di dalam beramal ibadah di dalam bulan ini.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Mutaffifin, ayat 26:
خِتَامُهُ مِسْكٌ وَفِي ذَٰلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ الْمُتَنَافِسُونَ
Ertinya:
“ penutupnya adalah kesturi; Maka hendaklah berlomba-lomba orang yang berlomba-lomba”. (Al-Mutaffifin: 26).
Seorang muslim sewajarnya menyambut Ramadhan dengan melakukan perkara-perkara seperti berikut:
1. Memperbanyakkan Berdoa agar Allah SWT menyampaikan kita pada bulan Ramadhan dalam keadaan yang sihat sejahtera supaya cergas beribadah kepada Allah; berpuasa, qiam, zikir dan amalan lainnya.
Dari Anas bin Malik RA berkata:
“Nabi SAW apabila tiba bulan Rejab baginda akan berdoa: “ Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”. (HR. Ahmad dan Tabrani)
Para Salafussoleh berdoa kepada Allah SWT supaya mempertemukan mereka ke bulan Ramadhan, kemudian berdoa supaya mereka dapat menyambut Ramadhan.
Apabila kelihatan anak bulan Ramadhan mereka berdoa dengan berkata: “Allah Maha Besar, Ya Allah anugerahilah kami keamanan, keimanan, keselamatan dan Islam. Limpahkanlah kami taufik seperti yang Engkau sukai dan redhai, Tuhanku dan Tuhan-Mu adalah Allah SWT”. (HR. Termizi, Darimi dan disahihkan oleh Ibn Hibban).
2. Panjatkan kepujian dan kesyukuran kerana dipertemukan dengan Ramadhan tahun ini.
Menurut Imam Nawawi Rahimahullah di dalam Kitab Al-Adzkar: “Ketahuilah bahawa Allah SWT sangat menyukai orang yang apabila memperolehi nikmat yang zahir dan mengelakkan daripada terkena sesuatu kecelakaan yang zahir dia akan bersujud dan memuji-muji Allah kerana syukur kepadaNya”.
Di antara nikmat yang paling besar yang Allah SWT kurniakan kepada hamba ialah taufik dan hidayah untuk melakukan ketaatan dan ibadah.
Justeru suatu nikmat yang besar apabila seorang tiba bulan Ramadhan di beri kesihatan yang baik. Dengan itu sewajarnya dia bersyukur dan memuji Allah SWT sebagai pemberi nikmat dan kelebihan kepadanya.
3. Bergembira dan suka dengan kedatangan Ramadhan.
Satu riwayat yang sahih dari Rasulullah SAW, bahawa baginda akan menggembirakan para sahabat dengan kedatangan bulan Ramadhan sambil bersabda:
“Telah datang bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan yang Allah SWT wajibkan puasa di dalamnya, di bulan ini dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka”. (HR. Ahmad).
4. Berazam dan merancang aktiviti yng bermanfaat agar supaya dapat mengambil manfaat dari Ramadhan tersebut.
Apa yang menyedihkan ramai lagi orang termasuk orang yang beragama merancang dengan teliti tentang urusan dunia, tetapi tidak ramai yang berbuat demikian dalam urusan akhirat.
Ini disebabkan kurang kesedaran tentang tugas dan tanggungjwab mukmin di dalam kehidupan ini, lupa atau leka bahawa seorang muslim memperolehi peluang yang banyak bersama Allah SWT dan temu janji penting untuk mendidik jiwanya sehingga teguh di atas urusan ini.
Di antara contoh rancangan kepada akhirat ialah rancangan untuk memenuhi Ramadhan dengan ketaatan dan ibadah. Justeru seorang muslim hendaklah menentukan agenda atau program praktikal untuk memenuhi siang dan malam Ramadhan dengan ibadah kepada Allah SWT. Pesanan yang anda tatap ini membantu anda untuk memenuhi Ramdhan dengan ibadah dan ketaatan kepada Allah SWT.
5. Menyemaikan tekad dan azam yang teguh untuk memenuhi dan memaksimumkan masa di bulan Ramadhan dengan amalan-amalan soleh.
Oleh itu orang yang benar keimanan kepada Allah SWT pastilah Allah SWT akan menolong dan memudahkan untuknya berada di jalan yang baik.
Firman Allah SWT dalam Surah Muhammad, ayat 21:
طَاعَةٌ وَقَوْلٌ مَّعْرُوفٌ فَإِذَا عَزَمَ الْأَمْرُ فَلَوْ صَدَقُوا اللَّهَ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ
Ertinya:
"Taat dan mengucapkan perkataan yang baik (adalah lebih baik bagi mereka). Apabila telah tetap perintah perang (mereka tidak menyukainya). Tetapi jikalau mereka benar (imannya) terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka. (QS. Muhammad: 21)
6. Memahami ilmu pengetahuan tentang hukum-hakam Ramadhan.
Seorang mukmin yang menyembah Allah SWT wajib mempunyai pengetahuan dan tidak dibenarkan sama sekali jahil tentang perkara-perkara fadhu yang telah Allah SWT wajibkan ke atas hamba-Nya. Oleh itu tentang puasa Ramadhan, seorang muslim sewajarnya mempelajari permasalahan dan hukum puasa supaya ibadah puasanya betul dan dapat diterima Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anbiya, ayat 7:
وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Ertinya:
"Kami tiada mengutus rasul rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang-laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui. (QS. Al-Anbiya’: 7).
7. Kita hendaklah menyambut ketibaan Ramdhan dengan azam untuk meninggalkan noda dan dosa serta bertaubat dengan sebenar-benarnya daripada semua keburukan, menyesal dan tidak mengulanginya semula.
Ramadhan adalah bulan taubat. Justeru jika tidak bertaubat pada bulan ini bila lagi kita mahu bertaubat?
Firman Allah: Surah An-Nur, ayat 31:
َّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Ertinya:
“Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung”. (QS An-Nur: 31).
8. Mempersiapkan jiwa dan ruh melalui pembacaan dan ulangkaji ke atas buku, artikel dan mendengar kaset dan cd ceramah agama berkenaan fadilat dan hukum-hakam puasa sehingga jiwa benar-benar bersedia untuk melakukan ketaatan dan ibadah.
Nabi SAW ketika mempersiapkan jiwa para sahabatnya untuk merebut kelebihan bulan ini dengan telah berpesan semasa di penghujung Sya’ban dengan bersabda:
“Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan..” (Ahmad dan Nasai).
9. Bersedia dengan sebaik-baiknya untuk gerak kerja dakwah di sepanjang Ramadhan:
-Menyampaikan beberapa pesanan dan tazkirah dengan pengisian yang baik di masjid dan surau tempatan.
-Mengedarkan risalah dan buletin ringkas yang berkaitan Ramadhan kepada para jemaah dan penduduk tempatan.
-Menyediakan hadiah Ramadhan sekadar kemampuan anda dan yang bersesuaian seperti hadiah CD, buku, majalah dan sebagainya. Tulislah ini adalah hadiah Ramadhan.
-Mengingati orang miskin dan fakir dan sentiasa bersedekah dan berzakat kepada mereka.
10. Menyambut Ramadhan dengan membuka lembaran baru dan bersinar bersama -sama dengan:
- Allah SWT dengan jalan memperbanyakkan bertaubat.
-Rasul SAW dengan mentaati apa yang diperintahkan dan menjauhi apa yang dilarang dan ditegah
-Ibu bapa, jiran tetangga, kaum kerabat, suami isteri, anak-anak dengan berbuat baik dan menghubungkan silaturahim dengan mereka.
-Masyarakat yang anda hidup bersamanya dengan menjadi hamba yang sholeh dan berguna kepada masyarakat.
Demikian langkah yang diambil oleh seorang muslim semasa menyambut Ramadhan seakan-akan seperti bumi yang kemarau menantikan hujan, pesakit yang menantikan kedatangan doktor yang akan merawat dan kekasih yang menanti kedatangan kekasih yang berjauhan.
Ya Allah, sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Berilah kekuatan kepada kami untuk dapat melaksanakan ibadah pada Ramadhan tahun ini dengan baik. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!
USM MENGUCAPKAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DI BULAN SUCI RAMADHAN TAQABALALLAH MINNA WA MINKUM SHIYAMANA WA SHIYAMAKUM TAQOBBAL YA KARIIM.
Wallahu A'lam.
Sumber : baca-tazkirah.blogspot.my
via Bin Usrah
Sumber : Gengviral
from I Am Kiram http://ift.tt/2s1WjQm
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment