Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Self Soothing: Biarkan bayi 'merilekskan' dirinya sendiri sebelum tidur


Baru pagi semalam saya menulis tentang kompilasi masalah tidur bayi. Sebelah malamnya pula, kebetulan saya bertarawikh di sebelah si ibu dengan anak kecilnya ini. Si ibu meletakkan bayi kecilnya di hadapan tempat sujud di sepanjang solat. 

Bayi kecil ini asyik memerhati gelagat kami terkumat-kamit, rukuk dan sujud di sepanjang 8 rakaat. Sekejap-sekejap dia tersenyum, adakala mengerut, memaling ke kanan dan kiri serta sekeliling sebelum dia mula merenung dinding dan akhirnya terlelap. Kira-kira 30 minit kemudian, kami selesai 8 rakaat. 

Ini salah satu contoh self soothing (mententeramkan diri sendiri) bayi di mana bayi diberikan peluang untuk belajar terlena sendiri tanpa sebarang campur tangan atau bantuan ibu atau alat (atau bantuan yang diberi cukup minimum). 

Anak Arab ini baru berusia 3 bulan. Dia masih belum boleh meniarap, apatah lagi menghisap jarinya. Namun ibu kepada bayi ini cukup bijak mengambil kesempatan atas kemahiran terkini anaknya yang mula pandai mengamati suasana sekeliling untuk membiarkan anaknya menikmati peluang mengamati sekeliling itu sebagai cara 'merilekskan' diri sebelum tertidur. 

Ada sebahagian ibu yang beranggapan bahawa membuat bayi lena itu adalah tugas yang perlu disempurnakan ibu. Maka bila bayi gagal lena dengan cepat walaupun si ibu telah berusaha dengan pelbagai cara atau bayi mula mencelikkan matanya sebaik diletakkan ke bawah oleh ibu, ibu mula stress, rasa kecewa dan gagal. 

Ini satu tanggapan yang tidak betul. Yang sebenarnya, tugas ibu adalah memandu bayi ke fasa tidur. Menyempurnakan lena itu adalah tugas bayi. 

Jika ibu telah memastikan bayi kenyang dan selesa, lalu ibu puas menepuk bayi atau mendodoinya tetapi tiada tanda bayi akan terlelap pada waktu itu, usahlah stress dan menyoal diri sendiri kenapa bayi masih belum mahu lelap lagi? 

Letak bayi, baring atau duduk berhampirannya dan perhatikan saja bayi. Anda mungkin bakal melihat bayi yang memandang ke kiri dan kanan, bermain dengan jarinya, main sembur air liur atau mula membebel lagu tidurnya. Lihat jika akhirnya dia mampu mamai dan terlena selepas itu. 

Perbuatan anda memberi ruang untuk bayi menyendiri ini bakal membuka peluang kepada bayi mencari cara yang paling sesuai untuknya 'merilekskan' diri sebelum tidur. Atau jika ibu ingin beredar buat seketika juga tiada masalah. Datang semula bila bayi menangis atau memanggil. 

Jangan lupa, ada juga bayi yang menangis sebelum tidur untuk 'merilekskan' diri. Anda mungkin pernah mengalami situasai di mana anda sudah puas mengangkat dan meletakkan bayi yang meragam untuk tidur. Sekejap-sekejap, anda suakan payudara kerana mati akal untuk menghentikan rasa resahnya. 

Bayi pula main tarik-tarik di payudara ibu. Minum sebentar, mencabut puting, menangis, minum semula, cabut puting semula, menangis semula dan kitaran ini takkan ada penyudahnya. 

Anda tertanya "mengapa bayi bergelut bila patutnya payudara ibu adalah tempat paling nyaman buat bayi bertenang? "

Lalu anda stress. Apa yang perlu ibu buat ialah 'give a break' untuk bayi. Hentikan campur tangan anda. Jika anda telah menyusukan bayi, membantu mencipta suasa selepas seperti memalapkan lampu, membedung atau memasang bunyian. Tetapi bayi masih resah dan menangis, letak sahaja bayi. Kekal disisinya sebagai tanda anda menyokong emosinya yang cuba dilepaskan melalui  di tangisan. Tarik nafas, bertenang, bercakap-cakap dengan nada empati dan usap bayi. 

Jika anda rasa perlu mendukungnya, dukung dan dakaplah lalu membiarkan bayi menangis di pelukan anda. Ia mungkin sangat sukar di peringkat awal kerana semua ibu mempunyai naluri untuk segera menghentikan tangisan anaknya. Namun anda perlu tahu bahawa bayi bukan dalam kesakitan. Dia sedang cuba 'merilekskan dirinya dan belajar melalui pengalaman ini. 

Percayalah, dengan sokongan anda, esisod menangis sebelum tidur ini akan berkurangan dan keadaan menjadi lebih mudah. 



Sumber : Gengviral

from I Am Kiram http://ift.tt/2sRV8nl
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.