Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Kerajaan akan pulangkan semula pada rakyat bergantung kepada sejauh mana kerajaan akan meraih manfaat daripada kenaikan harga minyak dunia

KUALA LUMPUR - Rakyat dinasihatkan tidak khuatir dengan kenaikan harga minyak saban minggu yang dilihat sebagai membebankan kerana kerajaan akan memantau rapat pergerakan harga minyak dunia dan kadar inflasi.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sebarang keputusan akan bergantung kepada sejauh mana kerajaan akan meraih manfaat daripada kenaikan harga minyak dunia.

Katanya lagi, kerajaan mempunyai cara untuk membantu rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana yang  terjejas dengan  kenaikan harga minyak ini.

“Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan terus membantu mengurangkan beban pendapatan kategori kumpulan isi rumah Bawah 40 peratus  dan kumpulan isi rumah pendapatan sederhana (M40) disebabkan oleh kenaikan harga minyak.

“Jika harga bahan api dan kadar inflasi meningkat secara drastik, kerajaan akan ambil tindakan bagi membantu rakyat, terutama dalam dua kategori berkenaan bagi memastikan mereka tidak turun ke paras kemiskinan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pemasaran Global  2017 di sini hari ini.

Beliau berkata setiap kenaikan AS$1 setong harga minyak, kerajaan akan memperoleh pendapatan tambahan kira-kira RM300 juta.

"Setakat ini kita belum ada penanda aras harga minyak untuk bertindak,” katanya.

Semalam,  harga runcit mingguan bagi petro RON95 meningkat 7 sen, menjadi RM2.38 seliter dari RM2.31.

Manakala Petrol RON97 pula naik 6 sen, menjadi RM2.66 dari RM2.60 seliter dan harga diesel pula naik 5 sen, menjadi RM2.25 dari RM2.20.

Sementara itu, mengenai mekanisme harga pam mingguan, Johari berkata kerajaan tidak merancang untuk mengubahnya pada masa ini, dan tidak akan menetapkan harga siling untuk bahan bakar itu.

"Harga siling merupakan perkara dasar, saya tidak boleh membuat keputusan dan mengumumkannya secara terbuka. Ia perlu dibincangkan bersama Perdana Menteri dan Kabinet memandangkan ia merupakan isu yang sangat sensitif, yang melibatkan semua perniagaan di Malaysia.

”Jika (kami) tersalah cakap, rakyat akan mentafsirkannya secara berbeza dan ini boleh mewujudkan keadaan yang tidak menentu," katanya.

Sidang kemuncak sulung itu dianjurkan oleh Unit Pemandu Agenda Bumiputera dan Institut Keusahawanan Negara (ISKEN) yang bertujuan untuk berkongsi pandangan mengenai proses mengubah syarikat-syarikat perniagaan Malaysia dan Bumiputera menjadi usahawan global yang berjaya.

Sumber : Friscomedia

from I Am Kiram http://ift.tt/2yPxIhZ
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.