Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Cerita sebenar kenapa remaja 13 tahun hilang dan kini balik rumah


Remaja hilang balik rumah ,selepas penat bersiar-siar dengan rakan|Muar:Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang Jumaat lalu, didakwa telah pulang dengan selamat bertemu keluarganya awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip yang memaklumkan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Abong itu telah pulang ke pangkuan keluarganya pada jam 2pagi tadi.

“Berdasarkan laporan daripada keluarga, tiada sebarang kecederaan ditemui terhadap remaja terbabit dan kita mengesahkan ia tiada kaitan unsur jenayah dalam kejadian ini.

“Malah, remaja berkenaan juga dipercayai keluar bersiar-siar dengan rakannya di sekitar Muar dan Melaka sejak dia keluar rumah Jumaat lalu. Polis mengandaikan kes ini selesai,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang remaja tingkatan satu dilaporkan hilang selepas memaklumkan kepada keluarga untuk ke rumah rakan sekolahnya bagi membuat tugasan sekolah.

Sumber : Friscomedia

from I Am Kiram http://ift.tt/2AKURTr
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.