Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Duda Bangsa johor ditahan sebar gambar bogel isteri orang did johor Bharu


JOHOR BAHRU  - Polis menahan seorang duda beranak dua selepas mengugut untuk menyebarkan gambar separuh bogel seorang wanita yang juga isteri orang pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, suspek berusia 40 tahun ditahan pukul 5 petang di Alor Setar, Kedah selepas mangsa berusia 48 tahun membuat laporan polis.

“Mangsa telah berkenalan dengan suspek menerusi laman sosial Facebook pada 6 November lalu dan suspek telah datang ke sini untuk berjumpa mangsa pada 16 November lalu.

“Ketika menginap di sebuah hotel di Nusa Bestari, Skudai, mangsa mendakwa berada dalam keadaan separuh sedar dan hanya menuruti perintah suspek,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Noor Hashim berkata, pada Sabtu lalu, mangsa telah menghantar suspek di hentian bas untuk pulang ke Kedah dan pada hari sama mangsa mendapati panggilan daripada suspek yang meminta wang berjumlah RM5,000.

Sekiranya gagal membayar wang tersebut, suspek mendakwa akan memberitahu suami mangsa tentang pertemuan mereka dan mendedahkan gambar bogel mangsa.

Sumber : Friscomedia

from I Am Kiram http://ift.tt/2mRkGyR
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.