Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Viral Waris Bawah 18 Tahun Tak Boleh Tuntut Caruman, KWSP Tampil Jawab Perkara SEBENAR !!!

Viral Waris Bawah 18 Tahun Tak Boleh Tuntut Caruman, KWSP Tampil Jawab Perkara SEBENAR !!! | KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menafikan dakwaan yang tersebar luas di media sosial, kononnya penama ahli pencarum di bawah umur 18 tahun tidak layak menuntut simpanan.

Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP menjelaskan, hak anak ahli pencarum beragama Islam masih terpelihara apabila berlaku kematian, sama ada mereka dinamakan sebagai penama atau sebaliknya.

Katanya, penama hanya dilantik sebagai wasi atau pentadbir yang bertanggungjawab mengagihkan simpanan ahli KWSP berstatus harta pusaka mengikut faraid apabila berlaku kematian ahli beragama Islam.

“Mengikut undang-undang, penamaan tidak akan berkuat kuasa sekiranya ketika kematian ahli, penama belum mencapai umur 18 tahun kerana tidak layak bertindak sebagai wasi.

“Bagaimanapun, ini tidak bermakna anak ahli di bawah umur 18 tahun yang didaftarkan sebagai penama tidak mendapat haknya ke atas simpanan ahli.

“Pembayaran simpanan ahli yang meninggal dunia akan diproses seperti tiada penamaan, iaitu mengikut pembahagian sijil faraid, perintah pembahagian atau surat kuasa mentadbir.

“Ia dilaksanakan berdasarkan mana-mana yang dikemukakan dulu kepada KWSP,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Baru-baru ini, satu perkongsian tersebar luas menerusi aplikasi WhatsApp mengenai kanak-kanak di bawah usia 18 tahun yang didaftar sebagai penama caruman KWSP tidak berhak menuntut wang simpanan.

Antara dakwaan lain adalah wang pendeposit yang tidak dituntut dalam tempoh setahun akan terus disalurkan ke Amanah Raya Berhad (ARB), seolah-olah menafikan hak anak atau penama berusia 18 tahun ke bawah sebagai pewaris.

KWSP menjelaskan, isu pembahagian simpanan ahli yang meninggal dunia membabitkan penama atau waris bawah umur 18 tahun kepada ARB secara automatik adalah tidak benar.

“Bagi ahli bukan beragama Islam pula, penama adalah penerima mutlak tidak kira umur,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, katanya, pencarum boleh melayari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-89226000.

Sumber : BHarian

P.S. 1 – Siapa Yang Cipta Allah. Ini Jawapan Seorang Imam Yang Buat Ramai Umat Islam TERKEJUT !!!
P.S. 2 – Inilah 4 TANDA Malaikat Maut BERITAHU Ajal Kita Nak Tiba TAPI Ramai Buat-Buat TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Inilah 12 Gambar Rumah Baginda Nabi Muhammad S.A.W Yang Mungkin Anda Tak Pernah Lihat !!!
P.S. 4 – Maklumat Sulit NASA Terbongkar..Temui Satu Tanda Kiamat Di Sungai Eufrat Yang MENGGERUNKAN !!!
P.S. 5 – PERHATIAN.. Jangan MINUM Air Botol Plastik Dalam Kereta Anda… Ini Akibatnya……

The post Viral Waris Bawah 18 Tahun Tak Boleh Tuntut Caruman, KWSP Tampil Jawab Perkara SEBENAR !!! appeared first on MALAYSIA KINII.



Sumber : MalaysiaKini

from I Am Kiram http://ift.tt/2uEA0T3
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.