Lelaki Simpan Mi Segera 16 Tahun..Saat Dibuka Apa Kandungan Mi Segera Sgt MEMERANJATKAN !!! | Nissin merupakan kilang pengeluar mi segera yang terkenal di Jepun. Tapi tahukah anda bahawa kilang ini pernah mengeluarkan produk mi segera di dalam tin yang dikatakan mampu bertahan selama 10 tahun!
Walau bagaimanapun, produk ini kemudiannya terpaksa ditarik semula dari pasaran di Jepun setelah didapati terdapat sejumlah tin mi segera yang terbuka. Disebabkan pembungkusan yang dibuat oleh kilang ini tidak menjamin ketahanan mi segera tersebut sehingga bertahun lamanya, pasti ramai yang tidak berani untuk memakan mi segera tersebut.
Walaupun produk tersebut telah diarahkan untuk ditarik semula, lelaki ini tetap menyimpannya. Bagi lelaki ini, dia tetap mahu mencuba mi segera tersebut untuk mengetahui dan mencuba sendiri mi segera yang telah luput pada 2 September 2010 itu!
Lebih menjijikkan lagi, mi segera yang telah direndam dengan air panas itu bukan sahaja mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan tetapi turut membantutkan selera anda apabila melihat hasil bahan-bahan perencah dan mi segera yang telah tersimpan selama 16 tahun itu.
Walaupun mi tersebut telah rosak, lelaki ini tetap mahu mencuba makan mi segera tersebut.
Ternyata, lelaki ini telah menempah masalah dan terpaksa memuntahkan semula mi yang telah disuapkan ke mulutnya kerana tidak mampu untuk bertahan dengan bau busuk yang menusuk hidung.
Bau yang begitu menjijikkan itu membuatkan lelaki ini menjadi lebih ingin tahu terhadap bekas mi segera tersebut dan apa yang terjadi di dalamnya sangat mengejutkan. Setelah dibuang semua mi segera tersebut, lelaki ini mendapati bekasnya di dalamnya juga telah berkulat.
Ternyata, walaupun mi segera mempunyai bahan pengawet yang dibenarkan, jaminan untuk produk makanan ini mampu bertahan sehingga sedekad lamanya adalah diragui. Lelaki ini telah membuktikan betapa jijiknya mi segera yang berusia 16 tahun itu.
Justeru, adalah lebih baik sekiranya kita mengamalkan makanan yang sihat dan berkhasiat serta makanan segar berbanding mengambil makanan segera seperti ini yang tentunya tidak memberikan khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
Kredit : Era Baru
P.S. 1 – Inilah 8 Pekerjaan Yang Bakal Diambil Alih Oleh Mesin !!!
P.S. 2 – Pelik Perut Ikan Jerung Membesar..Apa Sebenarnya Dalam Perut Pastinya Buat Anda Semua Terkejut !!!
P.S. 3 – Yang Ada Adik Beradik..! Mohon Baca Ni..!! Jangan Share Selagi Tak Habis Baca!!
P.S. 4 – Cara Mudah Hilangkan Karang Gigi Yang Ramai Tak Tahu.. Kongsikan Pada Rakan-Rakan Anda Untuk Kebaikan Bersama..
P.S. 5 – Apabila Memotong Nanas, Usah Buang ‘Bahagian Atasnya’..Ini Sebabnya…
The post Lelaki Simpan Mi Segera 16 Tahun..Saat Dibuka Apa Kandungan Mi Segera Sgt MEMERANJATKAN !!! appeared first on MALAYSIA KINII.
Sumber : MalaysiaKini
from I Am Kiram http://ift.tt/2uYuhUQ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment