Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Tabayyun; Amalan Yang Semakin Terhakis Dan 5 Akibat Tidak Mengamalkannya

Image result for Tabayyun


Zaman teknologi kini, masyarakat terdedah dengan pelbagai medium yang membolehkan kita mengetahui apa jua jenis maklumat hanya di hujung jari sahaja. FacebookTwitterYou Tube dan lain-lain lagi media massa kini mudah diakses oleh sesiapa sahaja dan di mana-mana.
Sungguhpun begitu, tidak semua maklumat yang terkandung di dalamnya perlu kita percaya bulat-bulat. Kadang, ada yang ingin menjatuhkan individu tertentu kerana sikap hasad dengki lalu diolah cerita yang kurang enak mengenainya dan disebarkan ke dalam media sosial. Inilah yang sering terjadi dalam masyarakat hari ini.
Lupakah kita dengan ayat Al-Quran yang meminta kepada kita agar selidik terlebih dahulu atau bahasa lainnya disebut sebagai ‘tabayyun’ tatkala menerima sesuatu berita yang tidak diketahui sumbernya. Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kau telah lakukan.”(Al-Hujurat : 6)
Imam al-Syaukani rahimahullah berkata;
“Yang dimaksudkan dengan ‘tabayyun’ adalah memeriksa dengan teliti, yang dimaksudkan dengan ‘tathabbut’ adalah berhati-hati dan tidak tergesa-gesa, melihat dengan keilmuan yang dalam terhadap sesuatu peristiwa dan khabar yang datang, sehingga menjadi jelas dan terang baginya.”(Fathul Qadir 5/65)
Tahukah kita, kegagalan mengamalkan tabayyun ini dibimbangi akan mendatangkan kesan yang buruk dalam kalangan masyarakat. Apakah kesan tersebut? Berikut adalah lima daripadanya;

#1 – Berlaku Fitnah

Berlakunya fitnah atau mengadu domba yang akhirnya akan menyebabkan ikatan persaudaraan sesama Muslim itu terlerai dan berpecah dengan sendirinya.

#2 – Keretakan Institusi Kekeluargaan

Menyebabkan keretakan institusi kekeluargaan yang dibina, apabila ia melibatkan hubungan antara suami dan isteri.

#3 – Jauh Daripada Cara Hidup Islam

Menjauhkan diri daripada amalan atau cara hidup Islam yang sebenarnya. Ini kerana Islam amat mengambil berat perkara ini apabila berlakunya sesuatu perkara yang tidak diketahui asal usulnya.

#4 – Imej Yang Tidak Baik

Memberikan imej yang tidak baik dalam kalangan komuniti bukan Islam terhadap agama Islam itu sendiri, jika hal yang berlaku melibatkan hal ehwal sesama Muslim.

#5 – Terjejasnya Hubungan Antara Negara

Mengakibatkan terjejasnya hubungan antara negara, selain memburukkan imej negara yang terlibat, jika ia melibatkan hal ehwal negara kita dan negara luar.
Sungguhpun begitu, kesan mahupun akibat buruk seperti di atas ini masih boleh diatasi jika kita sebagai individu Muslim ada rasa kebertanggungjawaban dan saling beringat akan saranan dan firman Allah SWT yang tersebut di atas. Sungguh, kehidupan kita di muka bumi ini sudah diatur oleh Allah SWT dan kita hanya perlu menurutinya sahaja. Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Sesungguhnya, Al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus.(al-Isra’: 9)
Moga bermanfaat. Wallahua’lam.
Sumber : https://tazkirah.net


via Bin Usrah

Sumber : Gengviral

from I Am Kiram http://ift.tt/2sOH75E
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.