Info
Oleh : Welcome To Besut Terengganu
Pembetulan Fakta mengenai TERLEPASNYA BESUT DARI JAJAHAN KELANTAN.
Ramai orang cerita bahawa BESUT terkeluar dari jajahan Kelantan akibat kalah bermain laga ayam.
Sebuah mitos yang diceritakan kepada anak cucu sejak abad berabad.
ASAL USUL SEBELUM TERKELUAR
Besut terletak betul-betul disempadan antara Negeri Kelantan dan Negeri Terengganu (tengah-tengah).
Betul ke kisah laga ayam tu?
Yess. Betul ada. Tapi bukan mempertaruhkan BESUT. Sebelum tu, BESUT diperintah oleh Sultan/Raja mereka sendiri yang mana dari keturunan Al-Marhum Raja Khadi (my moyang). Dan semasa pertarungan tersebut, BESUT berada di bawah jagaan Al-Marhum Raja Tuan Long.
Bilamana pihak BUGIS datang untuk menjajah Terengganu, (masa ni di zaman pemerintahan Sultan Mansor Riayat Shah) SMRH terpaksa meminta pertolongan daripada Al-Marhum Raja Long Gaffar dan Al-Marhum Raja Long Yunus kerana kekurangan tentera untuk berperang dengan pihak bugis.
Ekoran bilangan tentera yang tidak mencukupi, Raja Long Gaffar mengambil keputusan untuk melagakan ayam baginda dengan ayam anak Raja Bugis, sebagai ganti kepada PEPERANGAN. Kalau berlaku peperangan, sudah tentu terengganu kalah kerana bilangan tentera tidak mencukupi.
Maka terjadilah "lago ayam" dengan anak raja bugis tu. Dan ayam baginda yang bernama BAKAS tersebut telah menang. Pada masa tu tanah BESUT masih selamat (tidak tergadai).
Selepas kemenangan tersebut, SMRH mengambil Raja Long Yunus menjadi menantu baginda dan mengahwinkan Raja Long Yunus dengan puterinya yang bernama Che'ku Jumaat.
Besut pula dihadiahkan kepada Raja Long Gaffar sebagai membalas jasa. Dan kiranya pada masa itu, Besut telahpun menjadi tanah jajahan Kelantan.
ZAMAN GELAP.
Kedatangan British telah menghuru harakan 3 pihak ini. Pihak British telah memujuk RK untuk menyerahkan kembali BESUT kepada Terengganu kerana British ingin mengerat kuasa keluarga Raja Long Gaffar. Dan sayang nya, RK akur dengan perintah British. Selepas itu berlakulah perjanjian diantara 3 pihak (RK, RT dan British sebagai saksi). Dan akhirnya BESUT kembali menjadi jajahan Terengganu (sampai sekarang). Maka jatuhlah kuasa keluarga Raja Long Gaffar terhadap BESUT.
Selepas pengunduran keluarga Raja Long Gaffar, BESUT dijaga oleh wakil Sultan Terengganu dan selepas itu BESUT ditadbir semula oleh Sultan Terengganu.
P/S: cerita BESUT ini dicatat dalam sebuah "BUKU LAMA" yang masih dipegang oleh anak cucu keturunan Raja Long Gaffar. Hentikan fakta mengenai BESUT terkeluar dari Kelantan sebab kalah laga ayam. Mindset yang perlu diubah.
Read more: http://ift.tt/2tg2d09
Sumber : Friscomedia
from I Am Kiram http://ift.tt/2sFwQgS
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment