Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Ingatkan rumah kena rompak, rupanya angkara empat anak dara pengotor


SEMENYIH, SELANGOR - Keadaan rumah (hostel) yang disediakan secara percuma kepada empat penuntut universiti swasta yang sedang menjalani latihan amali bagaikan tongkang pecah dan berbau busuk, lapor Harian Metro

Wakil syarikat swasta yang mengelolakan rumah berkenaan, Aziman, 26, berkata, keadaan rumah yang kotor, busuk dan meloyakan itu hanya disedari pada Jumaat lalu ketika kemasukan penghuni baru hostel tersebut. 

"Sejak beberapa bulan lalu, hostel terbabit didiami empat penuntut wanita. Sebaik melangkah masuk ke rumah, kami 'dihidangkan' dengan bau busuk yang amat meloyakan.

"Pada mulanya saya terkejut dan menyangka hostel kena rompak. Rupa-rupanya memang dibiarkan berselerak. 

"Apabila diperiksa, rupa-rupanya bungkusan makanan lama sudah basi di atas meja, selain air kencing dan najis kucing pula bersepah di atas lantai. Malah, barangan dan pakaian dibiarkan bersepah dan tunggang-langgang," katanya. 


Azimah tidak menyangka keadaan hostel itu menjadi begitu teruk kerana empat penghuninya itu bakal menggengam  segulung ijazah. 

"Lebih mengecewakan, mereka adalah perempuan dan sepatutnya mereka bersyukur kerana syarikat bukan hanya memberi elaun latihan amali, malah turu menyediakan kediaman percuma. 

"Sikap sambil lewa penuntut terbabit sedikit sebanyak telah mencalarkan imej dan nama universiti swasta mereka," katanya kepada Harian Metro

Menurut Azimah, sehingga kini masih tiada tindakan yang dikeluarkan oleh syarikatnya. Namun dia mengharapkan amanah serta kemudahan kepada penuntut itu digunakan dengan sebaik mungkin. 


Sumber : Gengviral

from I Am Kiram http://ift.tt/2sE8Ric
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.