Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Kepala parah dan jari hampir putus ditetak anak sendiri (dadah)


KELANTAN - Seorang wanita warga emas cedera parah di kepala dan hampir putus jari telunjuk kiri selepas ditetak oleh anak lelakinya dengan parang, semalam, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari di kediaman mereka di Kampung Lembaga, Gua Musang, semalam, mangsa, Che Jah Hussin, 65, dikejarkan ke Hospital Gua Musang sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut dan menerima lapan jahitan di kepala. 

Menurut anak perempuannya, Nor Hazierah Awang, 26, berkata, sebelum kejadian itu, mereka sekeluarga sedang berehat di rumah. Namun secara tiba-tiba abangnya yang berusia 29 tahun itu datang menghampiri ibunya lalu terus menetak kepala. 

"Abang tetak kepala ibu dua kali dengan parang. Tetakan kedua menyebabkan jari telunjuk ibu hampir putus kerana cuba menghalangnya. 

"Saya sempat menarik ibu yang dalam keadaan berlumuran darah keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri," katanya. 

Nor Hazierah berkata, dia menyedari abangnya itu berubah sikap sejak empat hari yang lalu dan bercakap seorang diri.

"Sejak beberapa hari lalu, dia menunjukkan perangai pelik apabila tidak menjawab pertanyaan, ketawa tiba-tiba dan bercakap seorang diri. 

"Sebelum ini dia tidak pernah berkelakuan seperti itu walaupun seorang pendiam," katanya. 

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Rajab Ahad Ismail mengesahkan menerima laporan kejadian itu. 

"Suspek yang juga anak mangsa telah ditahan dan ujian air kencing mendapati, suspek positif dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah," katanya. 


Sumber : Gengviral

from I Am Kiram http://ift.tt/2uUWLh1
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.