Allah SWT berfirman dalam al-Quran;
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ
“Maka disebabkan rahmat daripada Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap kasar lagi hatimu keras, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (Ali Imron: 159)
Disebutkan oleh Imam Ibn Muflih rahimahullah (wafat 803 H) bahawa Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah (wafat 241 H) pernah berkata;
ما تكلم أحد في الناس إلا سقط وذهب حديثه
'Tidaklah seseorang berbicara tentang manusia (bicara soal kesalahan mereka) kecuali gugur dan hilanglah hadisnya'.
Lalu diceritakan bahawa di Basrah ada seorang lelaki bernama Abdullah bin Salamah Al-Afthas, seorang alim yang sahih hadis dan memiliki majlis hadisnya sendiri. Namun kerana disebabkan oleh lisannya yang kuat mencela orang maka kehormatannya pun hilang dan orang ramai pun tidak lagi menyebut perihal dirinya (melupakannya) serta meninggalkan hadisnya. [Al-Adab al-Syar'iyyah, Ibn Muflih]
# Mengkritik dan menegur itu sememangnya ialah kewajipan seorang pendakwah atau alim ulama. Namun hendaklah dilakukan dengan kaedah yang betul dan wasilah (saluran) yang sepatutnya.
Juga hendaklah kita mempertimbangkan banyak perkara sebelum melabel atau membid'ahkan seseorang, apatah pula jika kita tidak mengenalinya atau kurang maklumat tentangnya.
Bukan semua orang jahat, adakalanya manusia itu tersilap dalam memilih pendapat dan pegangan.
Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (wafat 748 H) juga berkata:
ولو أن كل من أخطأ في اجتهاده مع صحة إيمانه، وتوخيه لاتباع الحق أهدرناه، وبدعناه، لقل من يسلم من الائمة معنا
'Kalaulah semua orang yang tersalah dalam ijtihadnya dalam keadaan dia memiliki keimanan yang benar dan usahanya untuk mengikuti kebenaran itu kita buang dan kita bid’ahkan maka akan sedikitlah daripada kalangan para imam itu yang selamat di sisi kita.'
[Siyar A'lam al-Nubala, Adz-Zahabi]
Sumber : http://ift.tt/2rdjTtK
via Bin Usrah
Sumber : Gengviral
from I Am Kiram http://ift.tt/2sER1ew
via IFTTT
About Unknown
0 comments:
Post a Comment