Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Bayi 5 bulan meninggal dunia akibat tersedak susu


ALOR GAJAH, MELAKA - Seorang bayi lelaki berusia lima bulan meninggal dunia, dipercayai akibat tersedak susu, pagi semalam, lapor Sinar Harian.

Dalam kejadian jam 10.40 pagi di rumahnya di Paya Datuk, mangsa, Muhammad Faees Rizqy Muhamad Al Fazir, 5 bulan, didapati tidak sedarkan diri oleh bapanya selepas terjaga dari tidur. 

Muhamad Al Fazir melihat bibir anaknya birat, selain badannya terasa sejuk, terus menghubungi isterinya untuk pulang ke rumah sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, pihak hospital mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia sebelum tiba di hospital.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A.Asmasi Abd Aziz, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Siasatan awal mendapati tiada kesan lebam atau pendarahan dan tiada sebarang unsur jenayah. Namun pihak kita masih menunggu keputusan bedah siasat," katanya. 

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku, ibu bapa perlu sentiasa memastikan anak menyusu dalam posisi yang betul dan elakkan bayi menyusu di waktu malam tanpa sebarang pengawasan ibu bapa.


Elak anak menyusu atau selepas menyusu dalam keadaan baring secara mengiring dan meniarap kerana ia boleh menyebabkan bayi tersedak susu. Sebaik-baiknya, baringkan badan bayi dengan cara yang ditunjukkan pada gambar. - The Reporter


Sumber : Gengviral

from I Am Kiram http://ift.tt/2qHk68x
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.