Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Pasal 'bunyi bising rem motosikal', katanya


GOMBAK, SELANGOR - "Bawa bertenang bang, bawa bertenang," demikian kata individu yang merakam video pergaduhan yang tercetus di depan sebuah dewan yang mengadakan kenduri kahwin baru-baru ini. 

Berdasarkan video, sekumpulan lelaki datang membawa parang dan merosakkan lebih kurang dua buah motosikal yang diletakkan di depan dewan berkenaan yang sedang mengadakan kenduri kahwin. 

Menurut seorang wanita bernama Aisyaa Burn, kehadiran mereka ke kawasan itu dengan niat yang baik, namun tidak menyangka terpaksa berdepan dengan situasi yang tersebut.

"Kami datang dengan niat yang baik. Ada yang kata bunyi rem motosikal itu bising dan menganggu penduduk di situ, tetapi kami tak salah sebab polis trafik pun ada escort pengantin.

"Tetapi kenapa perlu baling mercun sampai cederakan orang lain? Baca comment (di Facebook Malaysia Indian Viral News), banyak yang putar belitkan cerita. 

"Semoga penduduk di kawasan itu yang memutar belitkan cerita itu kekal aman. Dan sesiapa yang tidak tahu cerita sebenar, diminta diam ye. Jangan sibuk jadi CCN. Korang tak ada kelayakan pun nak jadi reporter," tulisnya di Facebook.

Bagaimanapun menurut seorang lelaki yang mendakwa dirinya penduduk di kawasan pangsapuri itu tidak menafikan kejadian itu berpunca dari bunyi bising motosikal mereka tetapi kejadian bertambah buruk apabila ada yang bertindak di luar batasan.

"Kau datang tempat orang, kau rem-rem motosikal, kau tak kisahlah kenduri kem kena escort dengan polis trafik ke, kau siapa nak buat bising? Anak raja ke? Adab, mana adab? 

"Nak kira bagi chancelah kenduri, tahu pula kau sakit hati budak flat baling mercun kena kaki (tetamu) kau berlubang. Habis tu, kau rem-rem motosikal tak sakit otak pula? Dah settle cara baik, kau boleh pergi rodok budak tak bersalah, boleh pula kau pecahkan kereta penduduk di situ guna helmet, pecah kedai makcik pakcik yang berniaga di bawah itu. Apa salah mereka?" kata individu yang tidak disiarkan nama itu.


Video berdurasi 1 minit 39 saat yang dimuat naik Malaysian Indian Viral News jam 10.47 malam Ahad, telah ditonton 672,000 kali dan dikongsi 6,654 pengguna Facebook. 



Dua gambar yang dikongsikan netizen juga menunjukkan ada dua individu yang cedera di bahagian tangan dan perut akibat dilibas dengan senjata tajam. 


Sumber : Gengviral

from I Am Kiram http://ift.tt/2tgT7hY
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.