Bila barang berharga hilang, kebiasaannya seseorang itu akan menjadi panik dan mula berfikir yang bukan-bukan. Jika terus buat laporan polis, tiada masalah. Tetapi jika terus menuduh orang lain tanpa bukti atau terus pergi jumpa bomoh temberang? Dah lain pula jadinya.
Seperti yang dikongsikan oleh lelaki ini, beliau meminta nasihat dari seorang ustaz yang berasal dari Indonesia yang kemudian mengajarnya surah Al-Imran, ayat 9, yang dibaca sebanyak 41 kali. Selama ini dompet yang disangkakan hilang, rupa-rupanya berada di satu tempat yang kerap dilaluinya. Namun dia dan isterinya tidak nampak kerana mata mereka 'ditutup'.
Saya kongsi sedikit apa yang berlaku kepada saya sehari dua ini ya. Semalam lebih kurang jam 11.30 pagi, dompet di tangan saya. Tiba-tiba saya tak ingat saya letak di mana. Dalam poket seluar ke, di meja ke. Jenuh saya dan isteri mencarinya berjam-jam di segenap penjuru rumah termasuk dalam plastik sampah, kot-kot terbuang.
Selain itu, saya cari juga di dalam mesin basuh, dalam bilik air, bawah katil. bawah kerusi dan apa semua tetapi masih tidak berjaya menemui dompet saya. Akhirnya isteri mengajak saya membaca yasin bersama-sama, buat solat hajat dan berdoa.
Selepas itu kami teruskan mencari dan encari. Malangnya kami masih gagal menemui apa-apa, lalu kami pergi membuat laporan polis untuk salinan dokumen pengenalan diri buat sementara. Yelah, semua dokumen penting saya hilang.
Selepas itu, saya masuk ke pejabat seperti biasa. Di pejabat, isteri cuba mencari doa-doa berkaitan dengan barang-barang hilang. Ada banyak jenis doa tetapi tiba-tiba saya teringat pada Ustaz Luthfi yang mengajar anak-anak tahfiz di kawasan kejiranan saya. Saya menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp dan menceritakan apa yang telah berlaku.
Saya meminta pandangan dari Ustaz Luthfi tentang apa ikhtiar seterusnya yang saya perlu lakukan. Ustaz Luthfi pada waktu itu sedang beraya di kampungnya di Indonesia, meminta saya membaca surah Al- Imran, ayat 9, sebanyak 41 kali.
Dan pagi tadi, saya pun membaca surah yang diajar oleh Ustaz Luthfi sebanyak 41 kali. Selesai membaca, saya berdoa kepada Allah agar dibukakan pintu hati dan dibukakan hijab saya dan isteri agar kami dapat menemui barang yang hilang di atas kecuaian saya sendiri.
Tidak sampai beberapa minit, tiba-tiba mata saya memandang tepat ke arah tirai dapur dan ternampak ada sesuatu yang tergantung di tirai itu. Allah! Dompet saya! Allah tunjukkan cash kepada saya dan Alhamdulillah doa saya dimakbulkan.
Berdiri bulu roma saya sebab saya dan isteri sudah banyak kali lalu di tirai itu, keluar masuk tetapi tidak nampak apa-apa pun dari semalam.
Semoga perkongsian pengalaman saya ini boleh memberi manfaat kepada semua. Kalau barang hilang, jangan cepat membuat tuduhan dan jangan kalut terus pergi jumpa bomoh buang saka bagai. Sebaliknya mintalah kepada Allah SWT dan yakinlah kepadaNya.
Kalau Allah tak makbulkan permintaan kita sekalipun, tidak perlulah kecewa tetapi redha seadanya kerana semua yang kita miliki ini hanyalah pinjaman semata-mata termasuklah nyawa kita sendiri. Bila-bila masa sahaja Allah boleh mengambil hakNya. Kita ini tiada apa-apa.
Sumber: Herosifuchess Rockmania
Sumber : Gengviral
from I Am Kiram http://ift.tt/2tvtBYR
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment