Nombor Yang Sama Tapi Mana Satu SMS Scam & Original? Ini Cara Untuk Kenalpastinya
Mungkin ia klise apabila korang sms daripada scam bahawa korang memenangi peraduan, tapi pernah tak korang tiba-tiba dapat sms daripada nombor sama yang selalu diterima selepas buat transaksi?
Misalnya seperti gambar diatas, terima sms daripada nombor sama, salah satunya adalah transaksi sebenar yang dilakukan oleh pemilik dan satu lagi adalah mesej daripada scam! Nak tahu macam mana? Ini dia..
Macam mana tahu belah kanan tu original? Begini, kalau sms itu betul-betul daripada pihak bank, mereka akan beri penjelasan secara lebih terperinci termasuk 4 digit terakhir nombor kredit/debit kad, tempat, jumlah, masa dan tarikh. Kalau scam hanya jumlah,tarikh dan lokasi.
Segeralah hubungi pihak bank dan JANGAN hubungi nombor yang tertera di sms itu, kerana kemungkinan korang akan diperdaya. Dari situ mereka akan cuba meminta butiran lanjut mengenai akaun anda.
Jadi, hati-hati kalau terima sms sebegini, ini adalah trick terbaru scammers.
Sumber : BicaraNework
from I Am Kiram http://ift.tt/2hU4TaK
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment