Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Budak 4 tahun lemas di kolam renang sementara ibunya sibuk main handphone


CHINA - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun lemas di kolam renang, hanya beberapa meter dari ibunya yang sedang leka bermesej di telefon bimbitnya, lapor Mirror

Dalam video tersebut menunjukkan, si ibu membelakangi anaknya yang sedang terkapai-kapai dalam kolam tersebut. 

Selepas selesai dengan telefon bimbitnya, wanita itu kemudian kelihatan seolah-olah mencari di mana anak lelakinya itu sebelum beredar pergi tanpa menyedari anaknya yang sedang lemas.

Video tersebut dirakam oleh seorang pemerhati secara tidak sengaja, dimuat naik ke laman sosial dan dikongsi beratus kali di laman Twitter bagi meningkatkan kesedaran akan bahayanya meninggalkan anak-anak di kolam renang tanpa sebarang pengawasan. 

Bagaimanapun tidak diketahui samaada mangsa masih hidup atau sudah tidak bernyawa.


Seorang netizen berkata, "Apa mangsa lemas, mereka takkan buat bising seperti mana yang biasa kita tonton dalam rancangan televisyen atau filem. Ia berlaku secara senyap tanpa bunyi," katanya. 

Noman Zafar pula menambah, "Larangan membawa telefon bimbit patut dikenakan terhadap ibu bapa atau penjaga yang membawa kanak-kanak kecil agar mereka boleh memberi perhatian kepada kanak-kanak ketika berada di kolam renang." - The Reporter


Sumber : Citeheboh

from I Am Kiram http://ift.tt/2hVsATt
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.