Adira Menangis Di Depan Tetamu Dalam Satu Majlis Kerana Suaminya
Penyanyi popular Adira telah menangis didepan tetamu di pada majlis 'baby shower' yang diadakan khas buatnya di sebuah hotel di KL.
Sejak hamil, Adira sememangnya dikatakan mudah menitiskan air mata.
Kali ini dia dilihat menitiskan air mata dengan kehadiran mengejut suaminya di majlis secara mengejut.
Adira terharu dengan kehadiran suaminya Dato Red yang turut berduet bersamanya menyanyikan lagu Ombak Rindu.
Ini komen Adira:
"Perasaan saya bercampur baur antara gembira, terharu dan terkejut.
"Tidak sangka setelah dikejutkan dengan majlis begini, saya diberikan satu lagi hadiah iaitu kehadiran suami dengan menyanyikan lagu duet Ombak Rindu.
"Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang menganjurkan majlis sempena menyambut bayi yang diadakan.
"Kelab peminat, pihak media dan pengurus menjadi tulang belakang membantu kerjaya seni saya.
"Saya mempunyai perancangan untuk mengadakan majlis sebegini, namun menunggu masa yang sesuai kerana usia kandungan baru tujuh bulan.
"Kalau ada sekalipun, doa kesyukuran yang akan diadakan di Sabah iaitu tempat kelahiran saya,"
Adira pada mulanya ingin bersalin di Sabah, namun menukar hasrat terbabit kerana ibunya bersetuju untuk menjaga beliau sepanjang tempoh berpantang nanti di ibu kota.
"Saya berhasrat untuk melahirkan cahaya mata sulung di kampung halaman untuk berada dekat bersama ibu.
"Namun, suami memujuk ibu untuk datang menjaga saya di sini, lagipun keadaan di Sabah kurang stabil kerana mengalami gempa bumi.
"Semoga segala yang dirancang berjalan lancar. Tidak kisah di sini atau Sabah, saya berharap proses bersalin nanti dipermudahkan oleh-Nya,"
Semoga Adira selamat bersalin nanti.
Sumber : Citeheboh
from I Am Kiram http://ift.tt/2j8Js7R
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment