Adira Menangis Di Depan Tetamu Dalam Satu Majlis
Peminat Adira telah mengadakan satu majlis ‘baby shower’ buat artis kesayangan mereka baru-baru ini.
Namun tetamu dikejutkan apabila penyanyi popular itu menitiskan air mata di majlis tersebut. Nak tahu kenapa?
Sebenarnya Adira menitiskan air mata kerana terharu dengan kehadiran suami secara mengejut ke majlis tersebut.
Malahan suaminya, Dato Red turut menyanyikan lagu Ombak Rindu.
Ini komennya:
Suami Datang Mengejut
“Perasaan saya bercampur baur antara gembira, terharu dan terkejut. Tidak sangka setelah dikejutkan dengan majlis begini, saya diberikan satu lagi hadiah iaitu kehadiran suami dengan menyanyikan lagu duet Ombak Rindu.
“Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang menganjurkan majlis sempena menyambut bayi yang diadakan pada hari ini (semalam). Kelab peminat, pihak media dan pengurus menjadi tulang belakang membantu kerjaya seni saya.
“Saya mempunyai perancangan untuk mengadakan majlis sebegini, namun menunggu masa yang sesuai kerana usia kandungan baru tujuh bulan. Kalau ada sekalipun, doa kesyukuran yang akan diadakan di Sabah iaitu tempat kelahiran saya,”
Suami Pujuk Ibu Adira
“Saya berhasrat untuk melahirkan cahaya mata sulung di kampung halaman untuk berada dekat bersama ibu.
“Namun, suami memujuk ibu untuk datang menjaga saya di sini, lagipun keadaan di Sabah kurang stabil kerana mengalami gempa bumi.
“Semoga segala yang dirancang berjalan lancar. Tidak kisah di sini atau Sabah, saya berharap proses bersalin nanti dipermudahkan oleh-Nya,”
Semoga urusan Adira dipermudahkan dan selamangat melahirkan anak yang sihat. -PENMERAHDOTCOM
The post Adira Menangis Di Depan Tetamu Dalam Satu Majlis appeared first on PenMerah.com.
Sumber : Penmerah
from I Am Kiram http://ift.tt/2j8yhvW
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment