KELANTAN - Seorang wanita terpaksa menanggung derita lebih seminggu apabila kaki kirinya dipatuk ular ketika berada di rumah sewanya.
Tidak dinyatakan bila kejadian itu berlaku, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Raja Zainab Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Menceritanya semula detik kejadian yang mecemaskan itu, Bairah Bahrim, berkata, dia langsung tidak menyedari kehadiran ular itu kerana leka memasukkan baju dalam mesin basuh.
"Gambar-gambar saya kongsikan ini cuma nak beritahu saja kesan dipatuk ular. Malang tak berbau, kalau nak kena, kena juga. Cuma janganlah berani sangat pegang ular.
"Saya bukan masuk hutan atau pergi semak atau rumah berdekatan dengan hutan. Saya tak perasan pun masa kaki saya dipatuk sebab saya sedang leka memasukkan baju dalam mesin basuh.
"Tiba-tiba kaki rasa sakit dan terus pandang ke bawah dan ternampak ular sejengkal dari kaki kiri. Okay, dia sudah patuk! Saya terus berlari dari dapur ke ruang tamu.
KORANG! AKU KENA PATUK ULAR!
"Saya terpaksa dipapah oleh rakan kerana saya sudah tidak mampu berjalan pada waktu itu dan dibawa ke Hospital Raja Zainab Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan dan diberi ubat anti venom.
Difahamkan, mangsa ditempatkan di wad kritikal selama empat hari, kemudian dipindahkan ke wad ortho dua hari sebelum dipindahkan ke Hospital Melaka.
Tiba di Hospital Melaka, mangsa menjalani dua pembedahan bagi merawat kesan patukan ular di kakinya itu.
Selepas 8 hari kemudian, mangsa dibenarkan pulang dan kembali menjalani rutin hariannya.
Foto - Bairah Bahrim |
"Tips kena patuk ular, jangan ikat pada tempat yang dipatuk dan duduk diam-diam. Kenal pasti ular yang patuk seperti warna, bentuk dan ambil gambar jika mampu atau minta pertolongan saksi kejadian.
"Ubat anti venom pula bergantung kepada jenis ular yang mematuk. Bukan semudah itu diberikan pada pesakit," pesannya kepada netizen sekiranya berdepan dengan situasi dipatuk ular. - The Reporter
Sumber : Citeheboh
from I Am Kiram http://ift.tt/2gG6yWn
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment