Videos

Find Us On Facebook

Semasa

“Sambil Pandang Mata Saya Dan Mulutnya Membaca Sesuatu” 2 Beradik Nyaris DIPUKAU Makcik Tua Ini !!!

“Sambil Pandang Mata Saya Dan Mulutnya Membaca Sesuatu” 2 Beradik Nyaris DIPUKAU Makcik Tua Ini !!! | Saya bukan nak buat viral tetapi saya rasa adalah wajar untuk saya kongsikan kepada semua khususnya yang tinggal di bandar Sandakan.

15232105_334574133575374_3973897904251188931_n

Tengah hari tadi, saya, ibu dan adik-adik singgah solat di Masjid Bandar Sandakan. Ibu dan adik pergi solat dulu sementara saya dengan adik bongsu menunggu di dalam kereta.

Tiba-tiba datang seorang makcik mengetuk tingkap kereta. Saya buka sikit dan dia memandang saya dan berkata,

“Dik, minta aku duit mu. Aku mau pergi Batu 16. Jadi tambang mau pergi ke sana RM20. Ada keluarga sakit,” katanya.

Saya pun terus ambil duit di poket seluar. Tengok-tengok tak ada duit kecil, yang ada pun RM100. Macam mana nak pecahkan, lagipun tiada kedai yang berhampiran. Periksa dompet, ada RM10 dan hulur pada makcik itu.

“Ai? Sikitnya dik? Kedekut juga kau ni. Tambang ke Batu 16, mau RM20 bah tu. Jauh ni dari bandar,” katanya.

Mak aih! Sentap betul dengan ayat dia. Selepas itu dia ternampak adik bongsu saya pegang duit RM10 yang diberi oleh kak long tadi.

“Tu ada dia pegang RM10. Bagilah pada aku. Ada lagi tu beg merah tu (beg ibu),” katanya.

“Ai makcik? Kan saya sudah bagi tadi RM10, memaksa pula makcik ni. Itu duit adik saya, makcik mana boleh ambil? Saya sudah ikhlas bagi tadi dengan makcik,” kata saya.

Adik bongsu terus simpan duit dalam baju dan digulungnya baju.

“Ini duit onang kak Nana bagi,” kata adik.

Makcik itu memandang saya lama sambil mulutnya terkumat-kamit.

“Bukalah beg itu, bagi aku dengan duit di tangan adik mu, dengan barang-barangmu,” katanya.

Badan saya bergegar. Saya lawan sambil baca surah-surah yang saya tahu.

“Oi makcik! Jangan paksa-paksa kalau orang tak mau. Saya lapor dengan polis ni. Apa makcik buat ni? Makcik mau memukau saya ke? Kenapa badan saya bergegar ni? Allahuakbar!!” jerit saya, barulah badan saya berhenti bergegar.

Saya capai telefon dan terus rakam gambar dia sebelum wanita itu beredar meninggalkan kami.

Sebaik saja ibu dan adik selesai solat, saya cerita pada ibu dan ibu terus periksa beg dia. Mujur semua barang masih ada. Tak sangka di rumah Allah pun dah ada orang yang sanggup buat kerja terkutuk ini.

Saya bukan apa, kalau dia tahu adab meminta tak mengapa. Ini bila dah bagi duit dengan ikhlas, dia pula melebih-lebih. Kalau tak silap saya, saya pernah beri duit pada makcik ini di Harbomall dulu. Pada waktu itu dia juga menggunakan alasan yang sama, nak pergi ke Batu 16. Berhati-hatilah.

Mizs Kayra Kyrana

P.S. 1 – Ada Apa Dengan Brunei? Bila Tahu Inilah Keadaan Brunei Pasti Ramai Rasa Hendak Pindah Ke Brunei Sekarang !!!
P.S. 2 – Aku Selalu MERUNGUT Pada Suami Duit Belanja Tak Cukup. TINDAKKAN Suami Buat Aku MENANGIS Dan MENYESAL !!!
P.S. 3 – Korang Pernah Mimpi Tentang BAYI?? SERAM… Inilah Maksud Jika Selalu MIMPI Bayi !!!
P.S. 4 – ‘Uncle’ Ini TERINGIN Nasi Lemak Ikan Keli. Tindakkan ‘Uncle’ Ini Buat Peniaga Itu TERKEJUT !!!
P.S. 5 – Dua Pemuda Tahan Teksi Tapi Minta Jangan Guna Meter. Apa Yang Berlaku Seterusnya Buat Pemandu Teksi Itu Bagi Naik Free !!!

The post “Sambil Pandang Mata Saya Dan Mulutnya Membaca Sesuatu” 2 Beradik Nyaris DIPUKAU Makcik Tua Ini !!! appeared first on SEMASA VIRAL.



from SEMASA VIRAL http://ift.tt/2gEcwWg
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.