Budak 4 Tahun Maut Selepas Termakan Ubat Darah Tinggi Milik Nenek
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut kerana termakan ubat tekanan darah tinggi milik neneknya di Simpang Pertang, Jelebu.
Mangsa meninggal dunia di Hospital Tuanku Najihah (HTAN) Kuala Pilah, kira-kira 1 petang setelah mengalami muntah-muntah yang amat teruk.
Dari laporan sumber, mangsa dikatakan telah menelan sekurang-kurangnya enam biji ubat yang disangkanya gula-gula.
Kejadian hanya disedari oleh ibu mangsa apabila mendapati kanak-kanak itu mengalami muntah-muntah yang luar biasa.
Ini kenyataan sumber:
“Mereka fikir anaknya telah termakan benda beracun kerana keadaan mangsa pada ketika itu sangat lemah akibat mengalami muntah-muntah yang teruk.
“Namun, kanak-kanak itu sempat memberitahu dia telah makan ‘gula-gula’ neneknya yang ada di atas meja.
“Sebaik sahaja melihat keadaan anaknya semakin lemah, mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk tindakan susulan,”
Mangsa yang merupakan anak bongsu dari tiga orang adik-beradik itu merupakan seorang yang periang.
Diharap kejadian ini dijadikan pengajaran dengan meletakkan ubat-ubatan di tempat yang lebih selamat. -PENMERAHDOTCOM
The post Budak 4 Tahun Maut Selepas Termakan Ubat Darah Tinggi Milik Nenek appeared first on PenMerah.com.
Sumber : Penmerah
from I Am Kiram http://ift.tt/2f1qVfe
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment