Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

3.1% Remaja Malaysia Pernah Melakukan Seks


KOTA KINABALU - 3.1% remaja Malaysia dilaporkan pernah melakukan hubungan seks berdasarkan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke-5 (KPKM-5).

3.1% (164 remaja) itu adalah peratusan  dari hasil kajian dari 5,304 responden yang berusia dari 13 hingga 24 tahun, dedah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datin Paduka Chew Mei Fun.

Kajian itu juga mendapati 21.4% remaja pernah bercumbuan dengan pasangan mereka, 12.9% pula pernah melakukan aktiviti meraba-raba dan 2.9% pula pernah melakukan 'phone sex'.

Teks ucapan beliau yang dibacakan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid dalam ucapan perasmian penutupan Wacana Penyelidikan Kajian Faktor Risiko dan Pelindung Terhadap Kesihatan Seksual dan Reproduktif Remaja Sabah berkata, adalah tepat pada masanya langkah melaksanakan Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Remaja (PEKERTI), berdasarkan statistik gejala sosial yang amat membimbangkan ini.

"Saya yakin, ia (PEKERTI) akan dapat meningkatkan pengetahuan dan sikap yang lebih positif terhadap kesihatan reporduktif diri, keluarga dan masyarakat," katanya. - THEHYPEMEDIA




Sumber : Mediahub

from I Am Kiram http://ift.tt/2gisyBg
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.