Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

tak tidur lena urus persiapan kahwin

2-22Tak-Tidur-Lena-Urus-Persiapan-Kahwin

Walaupun persiapan perkahwinan yang bakal berlangsung diantara Saharul Ridzwan dan Deena Amir boleh dikatakan sudah hampir selesai, ini tidak bermakna beliau boleh berasa selesa dengan keadaan berkenaan. Malah katanya, memikirkan hari bahagia yang akan muncul tidak lama lagi boleh membuatkan beliau tidak tidur lena, selain sibuk menguruskan persiapan perkahwinan.

BACA: Saharul Ridzwan Sahkan Bakal Nikah Deena Emir

Ini bukan perkara main-main, tidak keterlaluan saya katakan, debarannya melebihi dari memikirkan untuk majlis akad nikah. Saya rancang untuk adakan dua buah majlis, majlis perkahwinan yang akan dilangsungkan Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrjaya akan dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat. Manakala sebuah lagi diadakan khas untuk peminat dan rakan media

GR-Rotikaya-300x250-px.jpg

Saya sudah kenal lama dan kami pernah berkawan dulu, selepas itu kami buat hal masing-masing, tetapi jodoh sudah datang. Saya jumpa dia semula pada tahun ini, masing-masing sudah matang dan saya mengambil keputusan untuk terus berkahwin. Perasaan cinta antara kami akan dikembangkan selepas berkahwin ini, katanya kepada m Star Online berhubung perkara itu.

Sementara itu, apabila ditanyakan mengenai dunia lakonan selepas mendirikan rumah tangga nanti, Saharul memberitahu bahawa dirinya tidak akan sesekali meninggalkan industri hiburan kerana ianya sudah sebati didalam hidupnya. Namun beliau merancang untuk mula aktif dalam dunia perniagaan seperti mengusahakan perniagaan berkonsepkan pemakanan atau protein.

Forum-Ads-PHL.jpg

Terdahulu selepas pelbagai spekulasi akhirnya Saharul dalam satu sidang media mendedahkan bahawa beliau bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan, Qaabila Deena Amir pada 16 September depan. Apabila ditanyakan mengenai jumlah wang hantaran, Saharul memilih untuk merahsiakan jumlah itu kerana merasakan ianya tidak sesuai untuk dikongsikan. (rkty/w)



SUMBER
M Star Online

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.