Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

tak mahu membazir untuk majlis kahwin

4-22Tak-Mahu-Membazir-Untuk-Majlis-Kahwi

Bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi, pasti ramai yang tidak sabar ingin melihat pasangan kekasih kegemaran mereka, Amar Baharin dan Amyra Rosli mendirikan rumah tangga. Mungkin ramai yang menggangap perkahwinan mereka akan dirai secara besar-besaran, namun bagi Amar, beliau tidak mahu membazir dan hanya menginginkan majlis yang sederhana.

BACA: Hidup Saya Kosong Tanpa Amyra Rosli

Sebenarnya sejak beberapa minggu yang lalu saya sudah sibuk mempersiapkan hal majlis perkahwinan kami bersama ibu Amyra. Memang letih sebenarnya mahu menguruskan majlis yang besar tetapi saya puas hati. Awal-awal lagi kami sudah sepakat untuk tidak membazir dan terlalu mengejar glamor. Cukuplah saya dan Amyra selamat bernikah dan meraikan tetamu yang hadir.

GR-Rotikaya-300x250-px.jpg

Bagi saya kehidupan selepas bernikah lebih penting. Kalau berhabis wang ringgit untuk majlis bersanding, bagaimana pula masa hadapan. Ukuran sebenar bukan kepada kemewahan sesebuah majlis sebaliknya ada perkara besar lain yang perlu digalas seperti mementingkan soal tanggungjawab sebagai suami, katanya kepada Utusan Online berhubung perkara itu.

Untuk pengetahuan, tidak lama lagi pasangan ini bakal berangkat ke Cardiff, United Kingdom awal September nanti bagi membintangi sebuah drama. Namun apa menariknya, Amar dan Amyra juga dimaklumkan mengambil kesempatan itu untuk mengadakan penggambaran pra-perkahwinan serta program tayangan eksklusif mengenai perkahwinan yang bakal disiarkan nanti disana.

Forum-Ads-PHL.jpg

Pasti ramai yang teruja untuk menantikan pasangan sama cantik sama manis ini naik pelamin, Walau apapun, semoga segala perancangan berhubung dengan persiapan perkahwinan Amar dan Amyra akan terus berjalan dengan lancar hingga ke hari majlis nanti dan juga dipermudahkan olehNya. Dan semoga ikatan ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat. (rkty/w)



SUMBER
Utusan Online

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.