Videos

Find Us On Facebook

Sensasi

Tak berhenti menangis, si ibu tendang anak


GUANGDONG, CHINA - Video seorang kanak-kanak perempuan ditendang dan dihempas ke lantai, viral di media sosial. 

Difahamkan, Chen, 27, berbuat demikian kerana anaknya itu tidak berhenti menangis dalam kejadian 24 Februari lalu. 

Berdasarkan video tersebut, mangsa dihempas ke lantai dan ditendang di bahagian belakang badan mangsa menyebabkannya menangis dan menjerit.

Dalam keterangan Chen kepada pihak polis, dia mengakui bahawa dia hilang pertimbangan pada ketika itu kerana mangsa tidak berhenti menangis dan mengalami tekanan sejak kebelakangan ini. 


Bagaimanapun, Chen memohon maaf dan mengakui sukar untuk mengawal emosinya. Polis juga telah memberi amaran lisan kepada Chen agar tidak mengulangi perbuatannya itu lagi.

Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan kini berada di bawah jagaan datuk dan neneknya. - The Reporter


Sumber : 1Citemalaya>

from I Am Kiram http://ift.tt/2mHOqtT
via IFTTT

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.